Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Robot bakal lakukan 40% kerja rumah menjelang 2033

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Sejauh mana anda bergantung kepada teknologi untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah?

Para pakar mengatakan robot akan melakukan 39 peratus daripada semua kerja rumah menjelang tahun 2033.

Dalam tempoh sedekad mendatang, kira-kira 40 peratus daripada kerja rumah atau yang berkaitan dengan perihal rumah tangga akan dilakukan oleh teknologi automatik, menurut para penyelidik di United Kingdom (UK) dan Jepun.

Para saintis di Universiti Oxford dan Universiti Ochanomizu menganggarkan tugasan membeli-belah makanan akan paling banyak dilakukan menerusi automasi. Urusan menjaga anak dan orang tua pula dilihat sebagai kurang disentuh oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Dapatan tersebut - diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE - dihasilkan tercetus daripada satu soalan yang dibangkitkan, berbunyi: "Jika robot mengambil alih tugasan kami, adakah ia akan sekurang-kurangnya membantu kami membuang sampah?"

Laporan tersebut menarik perhatian betapa robot "direka bagi melakukan kerja rumah", seperti pembersih vakum, yang dikeluarkan di pasaran sejak kebelakangan ini "menjadi robot yang paling banyak dikeluarkan dan laris terjual di seluruh dunia".

Kajian tersebut melibatkan penyelidik bertanya kepada 65 pakar AI, yang berpangkalan di UK dan Jepun, mengenai ramalan mereka tentang teknologi robotik dalam persekitaran rumah.

Para pakar lelaki di UK didapati cenderung lebih positif tentang prospek penggunaannya berbanding pakar wanita, namun pandangan adalah yang sebaliknya dalam kalangan pakar AI di Jepun.

"Hanya 28 peratus tugas menjaga, termasuk aktiviti seperti mengajar anak anda, menemani anak anda atau menjada seorang anggota keluarga berumur, kata Dr Lulu Shi, seorang penyelidik di Universiti Oxford.
Sumber : Others/FZ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan