Restoran Taiwan Halal dibuka 24 jam di T2 Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Taiwan Culture)
SINGAPURA: Taiwan Culture, destinasi utama untuk menikmati masakan asli Taiwan, mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, restorannya akan dibuka 24 jam, tujuh hari seminggu, di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.
Langkah tersebut mencerminkan komitmen kukuh Taiwan Culture untuk menawarkan budaya dan masakan Taiwan halal yang pelbagai kepada semua, tidak kira masa.
Menu Taiwan Culture menampilkan bahan-bahan asli yang diperoleh daripada individu yang mahir dan pembekal dari Taiwan, untuk memastikan setiap hidangan adalah asli dan dijamin halal.
Restoran tersebut komited untuk memastikan keaslian hidangannya menjangkaui bahan-bahan dan cara ia dimasak. Ia terdiri daripada hubungan rapat yang dijalin bersama petani, individu yang mahir dan pakar kulinari Taiwan.

Menu Harian:
- Daging Wagyu A3 La Mian: Mi la mian dihidangkan dengan potongan daging Wagyu A3
- Nasi Daging dan Telur: Nasi beraroma Taiwan dihidangkan bersama daging lembu dan disalut telur.
- Xiao Long Bao Ayam: Ladu (dumpling) dikukus dan diisi ayam cincang serta sup penuh berperisa.
- Ayam Rangup Garam dan Lada: Daging ayam tebal dengan perisa rempah yang wangi, digoreng sehingga rangup.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran restorannya yang akan beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu, Taiwan Culture memperkenalkan menu sarapan eksklusif.

Pelanggan juga boleh menikmati pembuka selera di Kaunter Layan Diri Pelanggan, dan boleh memilih pembuka selera sendiri yang bermula pada harga S$1.90.
Dengan pelbagai pilihan hidangan sejuk yang berpatutan dan lazat, pelanggan boleh memilih campuran jenis makanan tanpa perlu memikirkan harga.
Bagi maklumat lanjut, sila lungsuri laman www.taiwanculture.com.sg atau mengikuti Taiwan Culture di media sosial.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.