Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Restoran nasi kandar pertama di Tokyo dapat sambutan hangat

Walaupun baru dibuka pada Januari lalu, restoran nasi kandar di Jepun ini mendapat sambutan baik oleh para pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran nasi kandar pertama di Tokyo dapat sambutan hangat

(Gambar: Instagram/Zero Two Nasi Kandar Tokyo)

TOKYO: Walaupun baru dibuka pada Januari lalu, restoran nasi kandar di Jepun ini mendapat sambutan baik oleh para pelanggan.

Ia juga diuar-uarkan sebagai restoran nasi kandar pertama di negara itu.

Menariknya, ia dibuka oleh seorang warga Jepun yang hanya dikenali sebagai Tateda, yang jatuh cinta dengan masakan itu selepas berkunjung ke Malaysia.

Di Restoran "Zero Two Nasi Kandar Tokyo", hidangan utama yang disajikan adalah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan enam pilihan kari berbeza dan lauk pauk seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong dan daging kambing.

Menariknya, hidangan itu juga disajikan pada pinggan plastik berwarna terang yang dilapikkan dengan daun pisang, seperti mana nasi kandar biasa disajikan di Malaysia.

Sehubungan itu, sekitaran restoran itu turut dihiasi dengan lukisan yang menerapkan estetika Malaysia pada dindingnya.

Ternyata, hidangan nasi kandar di restoran itu popular dalam kalangan penduduk Jepun di sana kerana ia kerap kali habis sebelum tamat waktu perniagaan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan