Resipi Khairul Aming bantu suri rumah Malaysia jana pendapatan sampingan
Anggaran Waktu Membaca:
- Hazwani Hamdan, seorang suri rumah di Seberang Takir, mula memasak menggunakan resipi Khairul Aming yang ditemui di Instagram.
- Beliau pada awalnya hanya menyediakan hidangan untuk keluarga, tetapi mendapat permintaan tempahan selepas berkongsi gambar masakan di WhatsApp.
- Tempahan dibuka pada 1 Ramadan dengan had 40 pek sehari kerana kekangan masa dan tenaga kerja, dan sambutan daripada rakan serta masyarakat setempat sangat menggalakkan.
- Pendapatan daripada jualan membantu perbelanjaan harian dan persiapan Raya, serta video masakan beliau mendapat tontonan hampir satu juta di media sosial, memberi motivasi untuk terus berusaha.
KUALA NERUS: Seorang suri rumah tidak menyangka percubaan memasak menggunakan resipi usahawan dan pempengaruh media sosial Khairul Amin Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, mampu menjadi sumber pendapatan sampingan buat dirinya.
Hazwani Hamdan, 36 tahun, berkata beliau tertarik untuk mencuba resipi yang dimuat naik oleh Khairul Aming melalui Instagram itu kerana cara penyediaan yang mudah serta tampak menyelerakan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata pada awalnya beliau hanya mencuba menu tersebut untuk hidangan mereka sekeluarga, namun tidak menyangka mendapat perhatian daripada rakan-rakan dan kenalan selepas berkongsi gambar menerusi aplikasi WhatsApp.
"Resipi pertama yang saya cuba ialah ayam sos plum. Awalnya masak suka-suka untuk keluarga tetapi tak sangka lepas kongsi gambar di WhatsApp, ramai pula yang tanya untuk tempahan.
"Setelah mendapat persetujuan suami saya mula buka tempahan pada 1 Ramadan lalu. Alhamdulillah... sambutan diterima daripada kawan-kawan dan masyarakat setempat menggalakkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Seberang Takir pada Rabu (25 Feb).
Cik Hazwani berkata setakat ini, beliau mengehadkan tempahan sekitar 40 pek sehari untuk dua jenis hidangan kerana kesuntukan masa serta tenaga kerja.
Menurutnya, pendapatan daripada jualan itu tidak seberapa, namun sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian, selain digunakan untuk menyediakan persiapan Raya pada bulan depan.
"Saya juga sangat teruja apabila video masakan ayam sos plum yang dimuat naik di media sosial meraih tontonan hampir satu juta.
"Ini menguatkan lagi semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih dan mungkin boleh menjadi seperti Khairul Aming suatu hari nanti...insya-Allah," katanya dalam nada berseloroh.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.