Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Resipi air 'tomyam soda' lelaki ini curi perhatian ramai

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ada pelbagai menu makanan dan minuman yang menjadi tular.

Anggaran Waktu Membaca:
Resipi air 'tomyam soda' lelaki ini curi perhatian ramai

Video yang dikongsi pengguna @capikkkkkk telah ditonton lebih daripada 2 juta kali. (Gambar: TikTok/@capikkkkkk melalui SAYS)

Diterbitkan : 12 Mar 2025 12:03AM Dikemas Kini : 12 Mar 2025 12:04AM
MALAYSIA: Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ada pelbagai menu makanan dan minuman yang menjadi tular.

Rakyat Malaysia juga boleh dikatakan kreatif dalam mencipta menu atau resipi yang unik dan sedap.

Namun, baru-baru ini, sebuah video, yang memaparkan seorang lelaki berkongsi minuman berbukanya yang dinamakan 'tomyam soda', mencuri tumpuan ramai.

Minuman tersebut bahkan siap diletakkan cili padi bagi memberikan rasa pedas!

Video tular berkenaan dimuat naik ke media sosial TikTok oleh pengguna @capikkkkkk.

Minuman yang disebut sebagai 'tomyam soda' itu kini sememangnya menjadi tumpuan di media sosial.

Yang uniknya, lelaki di dalam video tersebut meletakkan bahan-bahan seakan-akan beliau ingin membuat sup tomyam.

Antara bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam aiskrim soda untuk membuat minuman itu termasuk bawang merah, bawang putih, cili padi, limau nipis dan daun limau purut.

Video tular tersebut telah ditonton sekurang-kurangnya dua juta kali.

Kebanyakan warganet malah tertanya-tanya akan rasa sebenar minuman itu.

Ada pula netizen yang kurang berkenan dengan minuman tersebut dan berkata, "Kalau macam ini, sambung puasa sampai esok pun tak mengapa."
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan