Rekaan beg 'tote' seperti pelitup muka ada di pasaran
Sedang satu dunia giat memerangi penularan COVID-19, segelintir orang mencedok inspirasi daripada pandemik itu untuk menghasilkan sesuatu yang unik sebagai kegunaan harian.
(Gambar: percetakankain/Instagram)
SINGAPURA: Sedang satu dunia giat memerangi penularan COVID-19, segelintir orang mencedok inspirasi daripada pandemik itu untuk menghasilkan sesuatu yang unik sebagai kegunaan harian.
Barangan yang sering menduduki tangga pertama dalam senarai permintaan sepanjang penularan virus korona itu - pelitup muka - kini bukan sahaja boleh dipakai di muka tetapi juga dapat memuat benda-benda lain.
Rekaan beg 'tote' atau sandang tepi dihasilkan oleh sebuah perniagaan percetakan kain di Indonesia dan sejak pertama kali dimuat naik ke akaun Instagramnya, barang unik itu menjadi tular dan diulang tweet lebih 14,000 kali hanya dalam masa beberapa hari saja. Ternyata, ia berjaya menarik perhatian ramai.
Dalam respons kepada salah satu komen, perniagaan itu menyatakan ia mengambil tempahan bagi beg tersebut sehingga 18 Mei sebelum menutup operasi untuk berehat seketika.
Laman web perniagaan dengan nama Instagram percetakankain itu menunjukkan harga bagi setiap barangan bergantung kepada jenis percetakan serta kain yang digunakan.
Berita baiknya adalah ia turut menghantar pesanan online ke Singapura dan menerima pembayaran melalui kad kredit.
Terdapat banyak lagi barangan tempahan yang boleh diciptanya dan beg 'tote' pelitup gergasi itu hanyalah salah satu daripadanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.