Rantai kunci 'Mofusand' edisi terhad KFC dijual semula online pada harga hampir 4 kali lebih tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: 8Days/Yip Jieying, Carousell)
- Kumpulan pertama rantai kunci 'Mofusand' yang ditawarkan KFC Singapore, yang menjadi rebutan ramai, mula dijual pada Isnin (13 Jan) dan dilaporkan sudah habis dijual di banyak cawangan di merata negara hanya dalam beberapa jam sahaja.
- Tambah mengecewakan, apabila rantai kunci - maskot kucing Jepun memakai 'KFC bucket' di kepalanya - yang dijual semula online, berharga setinggi S$50.
- Sejak itu, para pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di akan media sosial KFC Singapore, dengan segelintit mendakwa kakitangan di cawangan tertentu KFC tidak mengetahui syarat-syarat promosi itu.
- Kumpulan kedua rantai kunci 'Mofusand' itu akan dijual pada 20 Januari dan menawarkan kucing memakai topi tat telur.
SINGAPURA: Kumpulan pertama rantai kunci 'Mofusand' yang ditawarkan KFC Singapore, yang menjadi rebutan ramai, mula dijual pada Isnin (13 Jan) dan dilaporkan sudah habis dijual di banyak cawangan di merata negara hanya dalam beberapa jam sahaja.
Maka, tidak hairanlah jika banyak peminat 'Mofusand' kecewa.
Tambah mengecewakan, apabila rantai kunci - maskot kucing Jepun memakai 'KFC bucket' di kepalanya - yang dijual semula online, berharga setinggi S$50.
Harga asal rantai kunci itu adalah S$12.95 dengan sebarang pembelian set Cereal Chicken Box atau Cereal Chicken Burger Box KFC Singapore.
Setiap pelanggan hanya boleh membeli maksimum dua rantai kunci dengan pembelian dua set makanan tersebut.
Sejak itu, para pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di akan media sosial KFC Singapore, dengan segelintit mendakwa kakitangan di cawangan tertentu KFC tidak mengetahui syarat-syarat promosi itu.
'
Salah seorang pelanggan menulis bahawa seorang kakitangan silap menjual lebih daripada dua rantai kunci kepada seorang pelanggan di hadapannya.
"Akhirnya, lelaki itu (terpaksa) bayar bagi satu lagi set makanan kerana saya bersuara! KFC, sila latih dan didik kakitangan anda dengan betul," tambah pelanggan berkenaan.
Selain rantai kunci itu, kerjasama KF Singapore dengan 'Mofusand' juga menawarkan sampul 'ang pow' - percuma dengan sebarang pembelian set makanan Cereal Chicken atau Cereal Chicken Burger - serta satu pek pelekat Mofusand dengan perbelanjaan minimum S$12 dalam satu resit semasa waktu sarapan pagi.
Kumpulan kedua rantai kunci 'Mofusand' itu akan dijual pada 20 Januari dan menawarkan kucing memakai topi tat telur.
Mulai 5 Februari pula, patung 'Mofusand' sebesar lapan inci akan dijual hanya di 10 cawangan KFC. Patung itu akan berharga S$19.95 dengan sebarang pembelian set makanan Cereal Chicken Box or Cereal Chicken Burger Box.
Seorang pelanggan hanya boleh membeli satu patung tersebut.

Sumber : CNA/AT/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.