Skip to main content

Gaya Hidup

Rangkaian piza popular Korea Selatan, Pizza Maru, terima sijil halal MUIS

Anggaran Waktu Membaca:
Rangkaian piza popular Korea Selatan, Pizza Maru, terima sijil halal MUIS

Rangkaian piza popular Korea Selatan, Pizza Maru, kini disahkan halal di Singapura. (Gambar: Pizza Maru)

Diterbitkan : 12 Jun 2026 11:47AM Dikemas Kini : 12 Jun 2026 03:11PM
SINGAPURA: Kesemua cawangan Pizza Maru di Singapura kini disahkan halal secara rasmi, menurut pengumuman terbaharu oleh rangkaian popular dari Korea Selatan itu. Pizza Maru amat terkenal dengan pelbagai pilihan piza, termasuk pizza Ban Ban (dua perisa dalam satu piza) yang popular, serta hidangan pasta, ayam goreng Korea, dan makanan ringan.

Rangkaian ini kini mempunyai tiga cawangan utama di Singapura - Bugis+, Plaza Singapura, dan Terminal 2 Lapangan Terbang Changi - serta satu cawangan ekspres di i12 Katong.

Pemeriksaan oleh CNA Lifestyle di laman rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menunjukkan bahawa kesemua empat cawangan Pizza Maru kini disenaraikan sebagai pemegang sijil halal.
Related article image
Kesemua cawangan Pizza Maru di Singapura disenaraikan sebagai pemegang sijil halal MUIS. (Gambar: MUIS)
Bagi meraikan pengiktirafan halal ini, Pizza Maru kini memperkenalkan dua piza Ban Ban baharu.

Yang pertama ialah Hawaiian Margherita Ban Ban Pizza yang mempunyai kerak piza berinti mousse ubi keledek manis. Yang kedua pula ialah Pepperoni Oppa Ban Ban Pizza dengan kerak piza berkeju.

Bermula 25 hingga 27 Jun, Pizza Maru turut menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk kesemua piza Ban Ban mereka bagi pelanggan yang makan di kedai.
Related article image
Piza Ban Ban baharu Pizza Maru. (Gambar: Pizza Maru)
Pizza Maru mula dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 2006 dan sejak itu ia berkembang menjadi rangkaian piza Korea terbesar di negara tersebut.

Ia membuka cawangan pertamanya di Singapura pada tahun 2017 dan kini beroperasi di pelbagai negara, termasuk China, Thailand, dan Filipina.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita