Rambut sering gugur? 4 petua mudah ini mungkin dapat membantu
(Gambar: iStock)
KUALA LUMPUR: Masalah keguguran rambut merupakan satu perkara yang dihadapi oleh sebilangan orang.
Selain daripada menggunakan syampu atau ubat untuk merawat masalah rambut gugur, terdapat juga petua-petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah tersebut.
Ini seperti menggunakan bahan-bahan seperti buah tembikai, daun lidah buaya, limau nipis dan bunga raya.
Berikut merupakan beberapa petua bagi merawat masalah keguguran rambut seperti dikongsi dalam rencana Petua Ibu:
1. GUNAKAN AIR LIMAU NIPIS
Ambil perahan air limau nipis lalu sapukan secara rata pada kulit kepala.
Amalkannya selama dua minggu.
Kemudian ambil santan untuk menyuburkan pertumbuhan rambut anda. Lumurkan santan pada keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Selepas itu, jangan terburu-buru untuk mencuci rambut. Pastikan anda perapkan rambut anda dengan tuala selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Biarkan rambut anda berminyak dan bahan-bahan itu meresap.
Setelah itu, anda boleh cuci rambut menggunakan air suam.
Anda boleh amalkannya selama dua bulan.
2. PERAP DAUN BUNGA RAYA & LIDAH BUAYA PADA KEPALA
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuhkan daun-daun itu sehingga bersih dan kisarkannya sehingga ia hancur.
Perap ramuan tersebut di atas kepala anda selama sejam. Lakukannya dua kali seminggu.
Petua ini membantu rambut anda tumbuh semula dengan lebat, berwarna hitam dan berkilat semulajadi.
3. GUNAKAN KULIT TEMBIKAI
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan dibuang kulitnya.
Ambil bahagian kulit tembikai lalu gosokkan pada kulit kepala.
Biarkan ia meresap ke kulit kepala lalu tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, barulah cuci rambut.
Anda juga boleh biarkannya semalaman dengan menggunakan 'shower cap' atau dibalut dengan kain supaya ia tidak membasahi bantal.
Petua ini perlu diamalkan seminggu sekali.
4. DAUN LIDAH BUAYA UNTUK RAMBUT CANTIK
Selepas melakukan rawatan menyuburkan rambut, anda boleh gunakan daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik dan menawan.
Ambil lendir daripada daun lidah buaya lalu sapukannya pada bahagian rambut sehingga ke kulit kepala.
Dalam masa dua bulan, masalah rambut gugur semakin berkurangan dan rambut anda akan kelihatan lebih sihat dan cantik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.