Rambut gugur selepas sembuh COVID-19? Ia bukan satu kebetulan...
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Jika anda baru pulih daripada COVID-19 dalam beberapa bulan yang lalu, dan perasan rambut anda gugur, ia bukan satu kebetulan.
Beberapa kajian menganggarkan bahawa 22 peratus pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital mengalami keguguran rambut sementara.
Namun menurut laporan di The New York Times itu adalah lebih sukar untuk menilai sama ada keadaan itu juga biasa berlaku pada mereka yang mengalami penyakit lebih ringan.
Kajian menunjukkan keguguran rambut merupakan antara lebih 60 gejala berterusan yang sering dikaitkan dengan COVID berpanjangan atau 'long COVID'.
Beberapa daripadanya lebih biasa diketahui eperti seperti hilang deria bau, gangguan kognitif dan masalah seksual.
Doktor berkata mereka juga menyaksikan lonjakan pesakit yang mendapatkan bantuan bagi fenomena itu.
"Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu dalam hidup saya," kata Dr Michele Green, pakar dermatologi yang berpangkalan di New York City dan pakar dalam keguguran rambut.
"Saya melihat lebih ramai pesakit lelaki dan wanita, dari setiap kumpulan usia, setiap jenis pekerjaan, ia berlaku kepada semua orang”.
KEADAAN KULIT KEPALA BERUBAH SELEPAS SEMBUH
Dalam bidang perubatan, keguguran rambut secara tiba-tiba dan sementara dipanggil Telogen Effluvium (TE). Ia biasanya disebabkan oleh tekanan atau penyakit yang menyebabkan lebih banyak rambut gugur daripada 50 helai yang biasa dialami setiap hari kepada hingga 100 helai rambut. Keadaan itu juga tidak khusus pada COVID-19.
Sejak berabad-abad lamanya, para pakar tahu bahawa penyakit teruk, pembedahan, kehilangan darah, masuk ke hospital, melahirkan anak dan peristiwa emosi yang melampau, seperti kehilangan orang tersayang boleh mencetuskan telogen effluvium.
Namun penyelidik mendapati pesakit yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 adalah empat kali lebih mungkin mengalami keguguran rambut berbanding mereka yang tidak dijangkiti.
Sejauh mana tekanan fizikal dan emosi mendorong telogen effluvium tidak begitu jelas.
Ramai pakar dermatologi percaya hormon stres kortisol mungkin memainkan peranan, walaupun mungkin terdapat juga bahan kimia lain yang "memberitahu" folikel rambut bahawa sudah masanya ia gugur, kata Dr Luis Garza, seorang profesor dermatologi di Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins.
Masalah keguguran rambut itu boleh berlarutan enam hingga sembilan bulan. Kemudian ia menjadi perlahan dan rambut baru mula tumbuh semula.
ADA APA-APA YANG BOLEH DIBUAT SELAIN TUNGGU?
Jika anda mula sedar rambut gugur secara tiba-tiba atau bimbang tentang jumlah rambut yang gugur, mungkin baik untuk anda berjumpa doktor lebih awal.
Sesetengah pakar dermatologi mungkin mengesyorkan memulakan proses pertumbuhan semula dengan menggunakan larutan minoxidil, ubat tumbuh rambut dan bahan aktif dalam Rogaine.
Anda juga boleh mengambilnya dalam bentuk pil.
Namun, minoxidil juga kadangkala menyebabkan keguguran apabila anda mula mengambilnya, sebagai sebahagian daripada proses menukar kitaran rambut anda kepada normal.
Satu lagi cara mengatasi keguguran rambut kata Dr Arash Mostaghimi, pengarah perkhidmatan pesakit dermatologi di Hospital Brigham dan Wanita di Boston ialah dengan menguruskan tekanan.
"Saya beritahu pesakit mereka mungkin akan mendapat jika jumpa ahli terapi, kerana kita tahu bahawa tekanan menyebabkan keguguran rambut dan keguguran rambut juga menambah tekanan," katanya.
"Rambut adalah mahkota dan komponen besar identiti kita."

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.