Rambut gugur selepas bersalin? Ikuti tip penjagaan ini
Masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita boleh disifatkan sebagai perkara biasa, malahan kajian membuktikan kadar biasa mahkota kaum hawa itu gugur adalah di antara 50 hingga 80 helai sehari.
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita boleh disifatkan sebagai perkara biasa, malahan kajian membuktikan kadar biasa mahkota kaum hawa itu gugur adalah di antara 50 hingga 80 helai sehari.
Bagaimanapun keadaan itu boleh membimbangkan terutamanya selepas seseorang wanita itu melahirkan anak.
Pakar dermatologi, Dr. Hafsah Sazali memberitahu keguguran rambut selepas bersalin adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan anak.
Namun kata beliau, terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan oleh kaum wanita yang baru melahirkan anak bagi mengelakkan masalah keguguran rambut berterusan.
1. Elakkan jenis syampu perapi yang intensif, sebaliknya boleh cuba menggunakan perapi dihujung rambut sahaja berbanding menyapu di seluruh kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi 'berat' nampak lebih nipis.
2. Bagi yang memiliki rambut nipis, terdapat perapi rambut yang sesuai bagi membolehkan rambut kelihatan lebih tebal.
3. Mengubah penggayaan rambut. Boleh tanya dengan tukang gunting anda tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis.
4. Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan.
5. Keguguran rambut boleh terjadi selama beberapa bulan selepas bersalin. Selalunya ia akan pulih seperti biasa dalam masa setahun.
Sekiranya masalah tersebut tidak beransur baik, sebaiknya bertemu doktor kerana boleh jadi terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.