Skip to main content

Gaya Hidup

Rambang mata tidak tahu hendak pilih baju Raya yang mana satu?

Anggaran Waktu Membaca:
Rambang mata tidak tahu hendak pilih baju Raya yang mana satu?

(Gambar: HIjabista Hub)

Diterbitkan : 08 Mar 2025 01:15AM Dikemas Kini : 08 Mar 2025 01:20AM
  • Inilah dilema golongan wanita setiap kali ingin membuat pilihan busana.
  • Sebab itu penting untuk membuat pilihan yang tepat dan sesuai agar busana yang digayakan nampak cantik dan terletak.
  • Jika anda mempunyai masalah perut buncit, pastikan untuk bergaya dengan busana yang longgar di bahagian perut.
  • Jika anda seorang yang gemar dengan kaftan atau dress panjang dan sedang mencari corak dan rekaan yang menarik, anda pasti akan tertawan dengan koleksi busana eksklusif dari Abdat Boutique.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Walaupun terdapat pelbagai fesyen baju Melayu yang cantik di pasaran, ada di antara kita yang masih kurang pasti semasa ingin membuat pilihan untuk digayakan pada lebaran nanti. Inilah dilema golongan wanita setiap kali ingin membuat pilihan busana. Anda pasti tidak mahu membelinya sekadar tangkap muat sahaja.

Tumbuh bak cendawan selepas hujan, terdapat banyak label fesyen yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian di sana-sini. Tidak kiralah di butik fizikal mahupun secara online dan sebagainya. Setiap koleksi yang ditawarkan semuanya ada keistimewaan yang tersendiri.

Contohnya, apabila melihat model tinggi lampai dan langsing menggayakan kebaya, hati anda terus terbuka untuk turut memilikinya juga. Tanpa berfikir dua kali anda terus tekan butang ‘beli’ dan membuat bayaran secara online.

Malangnya, bila pakaian yang dipesan tiba, anda pun mencubanya dan mendapati potongannya tidak sesuai dengan saiz tubuh anda. Pasti tertekan bukan? Lebih-lebih lagi jika anda membelinya pada saat-saat akhir menjelang lebaran.
Related article image
(Gambar: adrianna yariqa)
Bentuk tubuh wanita semuanya berbeza-beza. Sebab itu penting untuk membuat pilihan yang tepat dan sesuai agar busana yang digayakan nampak cantik dan terletak. Terdapat pelbagai kategori ukuran tubuh wanita yang harus dijadikan sebagai panduan sebelum kita membeli pakaian, terutama apabila ingin membuat pilihan untuk baju Melayu.

KENALI BENTUK TUBUH

Setiap individu mempunyai saiz dan potongan tubuh yang berbeza-beza. Apa yang digayakan cantik pada tubuh anda mungkin tidak sesuai bagi orang lain dan sebaliknya. Oleh itu, sebelum membuat pilihan, penting untuk memastikan ia sesuai dengan diri anda dan fahami dulu bentuk tubuh anda.

Bidang lebar

Jika anda mempunyai bahu lebar atau bidang besar, sebaik-baiknya elak daripada menggayakan busana yang mempunyai potongan lengan besar atau puff sleeve. Sebaliknya anda boleh bergaya dengan kain yang kembang dari yang biasa.

Dengan demikian, tumpuan pakaian akan fokus pada bahagian kain yang kembang dan mata orang tidak tertumpu pada bahagian bahu. Pada masa yang sama, cuba elak untuk menggayakan rekaan potongan peplum. Ia bukan sahaja akan membuat anda kelihatan lebih rendah atau pendek, bahu anda juga akan nampak lebih besar dan lebar.

Sebaik-baiknya gayakan pakaian yang lurus dan tidak mempunyai potongan bahagian pinggang. Anda boleh tampil lebih bergaya dengan kurung moden jenis bahu puff.
Related article image
(Gambar: Unsplash)
Dada lebar

Elak menggayakan pakaian yang tidak mempunyai potongan tepat di bahagian bawah dada. Sebaliknya pilihlah busana yang berpotongan lurus dan tidak berlekuk di bahagian pinggang. Contohnya, anda boleh menggayakan kurung moden yang mempunyai bahu berspan. Bagi yang gemarkan corak, anda boleh pilih rekaan bercorak seperti bunga kecil selain garisan mendatar.

Tinggi dan langsing

Jika anda bertubuh kurus tinggi, elak daripada bergaya dengan rekaan busana yang terlalu mengikut potongan badan. Sebaliknya pilihlah pakaian tradional seperti baju kurung atau kurung Kedah yang pasti dapat anda tampil lebih menawan.
 
Related article image
(Gambar: Hijabista Hub)
Potongan tubuh seperti ini lebih sesuai untuk bergaya dengan busana yang mempunyai corak atau detail di bahagian depan. Untuk tampil lebih cantik menyerlah, cuba dapatkan busana yang mempunyai corak melintang selain motif atau warna yang cerah.

Rendah dan gempal

Elak dariapda bergaya dengan busana yang bercorak atau bermotif selain sarat dengan rekaan terutama pada kain. Ini akan membuat si pemakai untuk tidak tampil lebih rendah.

Jika anda gemar pada corak, pilihlah yang bermotif kecil contohnya bunga dan pastikan garisannya ke bawah dan warnanya juga gelap. Selain itu, elak dari memakai pakaian yang mempunyai potongan yang melekat pada tubuh atau terlalu ketat.

Sebaliknya pilihlah pakaian tradisional seperti kurung moden potongan pendek yang cantik digandingkan dengan kain corak ikan duyung. Kemudian lengkapkan gaya dengan tumit tinggi. Pasti tampil lebih cun!
Related article image
(Gambar: Adrianna Yariqa)
Kecil molek

Elak daripada memilih kain yang sarat dengan motif. Jika anda jenis yang gemarkan motif, pilih hanya satu bahagian sahaja untuk ditonjolkan. Contohnya, anda boleh bergaya cantik dengan baju potongan peplum bersama kain ikan duyung atau mermaid. Tapi, jika gemarkan corak, cuba elak daripada memilih corak yang terlalu padat, sebaliknya pilihlah corak bunga besar agar ia tampil lebih menarik dan terletak.

Perut buncit

Di pagi raya pastinya anda ingin menjamu pelbagai sajian enak yang disajikan di atas meja setelah sebulan berpuasa. Jika anda mempunyai masalah perut buncit, pastikan untuk bergaya dengan busana yang longgar di bahagian perut.

Cuba elak daripada bergaya dengan baju potongan ketat. Anda boleh memilih rekaan seperti peplum yang dapat membantu untuk sembunyikan perut. Selain itu, anda juga boleh bergaya dengan baju kurung kedah, jubah, kaftan atau kebarung yang pasti dapat serlahkan lagi penampilan membuat anda kelihatan lebih elegan. Bukan itu sahaja, gaya seperti ini juga mampu untuk sembunyikan perut setelah makan banyak dan kekal tampil menawan.

BELI BAJU RAYA DI MANA?
Related article image
(Gambar: Abdat Boutique)
Abdat Boutique

Setiap wanita ingin tampil anggun dan elegan semasa kunjung mengunjung sepanjang musim perayaan nanti. Jika anda seorang yang gemar dengan kaftan atau dress panjang dan sedang mencari corak dan rekaan yang menarik, anda pasti akan tertawan dengan koleksi busana eksklusif dari Abdat Boutique.

Terdapat pelbagai potongan, warna, saiz dan corak menepati citarasa semua. Apa sahaja yang menjadi pilihan, yang pasti anda akan tampil cantik dengan stail yang tersendiri. Dapatkan koleksi dari butik ini sekarang. Sebelum datang, buat temu janji melalui Facebook atau IG: @abdatboutique.
Related article image
(Gambar: Abdat Boutique)
Zalora

Jenama yang tidak asing lagi bagi ramai. Dengan hanya satu klik, anda boleh beli baju raya idaman melalui laman www.zalora.sg. Menawarkan pelbagai label yang berbeza-beza dari Singapura dan juga Malaysia. Antaranya Zalia, NH by Nurita Harith, TAS by Tom Abang Saufi, Lubna dan banyak lagi.

Sebelum membuat pesanan, penting untuk memastikan saiz baju pilihan menepati ukuran tubuh anda. Sekiranya ia tidak selesa atau jika tak muat anda masih berpeluang untuk membuat pertukaran! Layari: https://www.zalora.sg/
Related article image
(Gambar: Adrianna Yariqa)
Adrianna Yariqa

Inilah antara jenama setempat yang popular dan juga digemari ramai. Menawarkan koleksi raya untuk seisi keluarga, dari 'rompers' bayi hingga kurung untuk dewasa. Terdapat pilihan yang luas, dari kurung moden, kebaya, kurung Pahang dan banyak lagi. Setiap koleksi direka cantik, selesa dan unik. Jenama ini turut menawarkan pelbagai corak shawl. Dapatkan pilihan anda sekarang sebelum kehabisan bekalan. Layari: www.adriannayariqa.com
 
Related article image
(Gambar: Alia Anggun)
Alia Anggun

Satu lagi label kegemaran ramai. Setiap rekaannya mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri menggabungkan tradisi dan kemodenan. Dapatkan koleksi raya – Wanita Melayu Terakhir, menampilkan kebaya. Disamping itu, terdapat juga pelbagai pilihan baju panjang atau dress dari saiz S hingga 3XL. Lihat koleksi sepenuhnya di butiknya di Golden Landmark. Anda juga boleh layari IG: aliaanggun
Related article image
(Gambar: Hijabista Hub)
Hijabista Hub

Inilah antara jenama yang popular online. Menawarkan pakaian tradisional buat seisi keluarga, antaranya koleksi sedondon buat ibu dan anak dengan pelbagai pilihan fabrik, corak dan potongan. Terdapat juga pelbagai pilihan baju Melayu untuk kaum Adam. Kunjungi IG: hijabista.hub
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita