Rakyat SG boleh guna kredit Pas Budaya SG bagi 1,500 buku sastera tempatan mulai 1 Mac
Rakyat Singapura boleh memilih daripada sekitar 1,500 judul kesusasteraan Singapura (SingLit) dan menggunakan kredit Pas Budaya SG mereka untuk membayar buku-buku tersebut mulai 1 Mac.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh memilih daripada sekitar 1,500 judul kesusasteraan Singapura (SingLit) dan menggunakan kredit Pas Budaya SG mereka untuk membayar buku-buku tersebut mulai 1 Mac.
Kredit itu boleh digunakan di sembilan kedai buku yang mengambil bahagian merentasi kira-kira 40 cawangan di seluruh negara.
Judul-judul yang layak termasuk karya fiksyen, puisi, drama dan esei sastera dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil yang ditulis oleh warga atau penduduk tetap Singapura, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Jumaat (27 Feb).
Buku-buku tersebut boleh dikenal pasti melalui pelekat rasmi Pas Budaya SG pada kulitnya, dan akan ada perbezaan dalam judul-judul yang ditawarkan kedai-kedai buku berlainan.
Pembeli perlu mengelog masuk ke akaun Pas Budaya SG mereka di laman web rasmi untuk membuat pembayaran bagi buku tersebut.
Jika kredit tidak mencukupi untuk menampung jumlah penuh, baki boleh dibayar menggunakan wang tunai, kad kredit atau kaedah pembayaran lain yang disediakan di kedai buku.
Tiada bayaran balik akan diberikan bagi buku-buku yang dibeli menggunakan kredit tersebut, yang sah digunakan sehingga penghujung 2028.
Buku-buku yang layak juga mungkin dijual di lokasi-lokasi 'pop-up' yang dianjurkan secara bebas, pesta dan festival buku, menurut kementerian itu.
Antaranya termasuk sambutan Hari Buku Sedunia yang akan datang serta Pesta Buku Cina Singapura dari 17 hingga 21 April, selain Pesta Buku Festival Kandungan Kanak-Kanak Asia (AFCC) dari 21 hingga 24 Mei.
Penulis SingLit yang berminat boleh menyertai skim tersebut menerusi penerbit masing-masing, tambah MCCY.
Kementerian itu turut bekerjasama dengan penerbit, kedai buku dan pengedar berhubung penggunaan kredit bagi penerbitan yang layak.
“Dengan pengenalan pembelian buku ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura mengunjungi kedai buku untuk meneroka kepelbagaian suara dan kisah Singapura, serta mengukuhkan budaya dan identiti tempatan kita,” katanya.
Kredit tersebut tidak boleh digunakan untuk membeli buku secara online atau mendapatkan buku elektronik.
Sebelum ini, Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo menyatakan bahawa pada 2024, hampir seorang daripada tiga orang dewasa di Singapura membaca sebuah buku SingLit.
Ini berdasarkan Kajian Tabiat Membaca Kebangsaan 2024 oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
LEBIH S$13.8 JUTA KREDIT DIGUNAKAN
Pas Budaya SG, yang dilancarkan September lalu, membolehkan rakyat Singapura berusia 18 tahun ke atas untuk menggunakan kredit bernilai S$100 bagi mengimbangi kos tiket bagi acara seni dan warisan Singapura seperti persembahan budaya, pameran muzium dan lain-lain.
Pemerintah sudah memperuntukkan sekitar S$300 juta bagi inisiatif tersebut.
Setakat sehingga tengah hari pada 24 Februari, lebih S$13.8 juta kredit sudah digunakan, dengan lebih 1.2 juta rakyat Singapura melengkapkan pendaftaran bagi pas tersebut, menurut MCCY.
Daripada mereka yang sudah mendaftar bagi pas tersebut, 68 peratus tidak pernah menghadiri acara seni dan budaya Singapura dalam tempoh lima tahun lalu.
Lebih 1,000 program seni dan warisan sudah disenaraikan di bawah Pas Budaya SG, dan lebih banyak tambahan program akan dibuat, menurut MCCY.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.