Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rakyat S'pura lebih utamakan keluarga bukan rakan dan pekerjaan

Rakyat Singapura menganggap keluarga sebagai keutamaan berbanding rakan dan pekerjaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2021 07:21PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 09:33PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura menganggap keluarga sebagai keutamaan berbanding rakan dan pekerjaan.

Keutamaan yang diberikan kepada pekerjaan juga merosot dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini.

Demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan Institut Pengajian Dasar (IPS) hari ini (3 Feb).

Lebih 2,000 orang terlibat dalam tinjauan itu yang mengenai perubahan sikap dan nilai terhadap pelbagai perkara seperti isu sosial dan moral.

Data itu dikumpulkan antara November 2019 hingga Mac tahun lalu.

Tinjauan tersebut mendapati para penduduk mempunyai nilai kukuh terhadap ketaatan kepada ibu bapa.

Hampir 90 peratus bersetuju matlamat utama dalam kehidupan mereka adalah untuk membuat orang tua mereka berasa bangga.

Kadar itu antara yang tertinggi di dunia, hanya di belakang Malaysia dan Thailand.

Berhubung isu kesaksamaan jantina, terdapat penerimaan lebih besar terhadap ahli-ahli politik wanita.

Lebih 70 peratus peratus responden yang ditinjau pula tidak setuju dengan pandangan bahawa kaum lelaki adalah pemimpin politik yang lebih baik berbanding kaum wanita.

Ia berbeza dengan dapatan tinjauan-tinjauan sebelumnya.

Selain itu, Singapura juga masih merupakan sebuah masyarakat "yang agak konservatif".

Hampir 60 peratus responden berpendapat tiada atau kurang alasan untuk menerima hubungan seks sesama jenis.

Secara umum, para responden yang lebih muda dan berpendidikan mempunyai sikap lebih liberal.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan