Raih pengalaman jadi penyampai berita melalui peraduan baca berita hujung minggu ini
SINGAPURA: Ingin mencuba bakat menyampai berita dan berpeluang memenangi hadiah baucer sekiranya anda terbukti berbakat?
Ini adalah peluang yang dapat diraih daripada peraduan Baca Berita ajuran BERITA Medicorp di Hub Tampines Kita (OTH) pada Sabtu (12 Julai 2025) dan Ahad (13 Julai 2025) ini.
Peraduan ini diadakan sempena acara Raikan Ilmu@Kejiranan yang dianjurkan oleh Yayasan MENDAKI.
Ada pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga yang dianjurkan sepanjang hari.
BERITA Mediacorp adalah salah satu badan yang akan memberi anda pengalaman unik menjadi penyampai Berita.
Buat julung-julung kali nya kami akan adakan peraduan Baca BERITA.
Tiga kategori akan dipertandingkan.
1) Kategori pelajar dan terbuka akan diadakan pada Sabtu (12 Julai 2025).
Kategori pelajar untuk mereka yang berusia antara 12 hingga 20 tahun.
2) Kategori terbuka untuk yang berusia 20 tahun ke atas.
2) Kategori Duet Keluarga akan diadakan pada hari Ahad (13 Julai 2025).
Ia dibuka untuk pasangan pelajar dan ibu bapa atau datuk nenek mereka.
BERITA Mediacorp akan membawakan acara Baca Berita di sebuah studio 'mini' yang lengkap dengan alat 'autocue' untuk pengunjung merasai pengalaman menyampaikan berita secara langsung.
Studio ini berada di dalam rerurai BERITA Mediacorp yang terletak di Central Court OTH.
Mereka yang berminat untuk menyertai peraduan Baca Berita harus berdaftar di OTH pada pukul 12.00 tengahari esok dan Ahad ini.
Penyertaan bagi setiap kategori dihadkan kepada 10 orang atau pasangan pertama yang mendaftar.
Pemenang akan menerima hadiah baucer dan bag cenderahati khas MEDIACORP menanti para peserta peraduan.
Pengunjung yang hanya ingin mencuba menjadi penyampai berita boleh datang sahaja ke reruai BERITA Mediacorp di OTH.
Mereka yang mencuba jadi penyampai berita juga akan mendapat sebuah cenderahati BERITA Mediacorp.
Rerurai BERITA Mediacorp akan dibuka pada orang ramai mulai jam 10 pagi hingga 6.30 petang pada Sabtu dan Ahad ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.