Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rahsia kulit muka sihat, berseri walau makin berusia

Anggaran Waktu Membaca:
Rahsia kulit muka sihat, berseri walau makin berusia

Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)

SINGAPURA: Tidak perlu berhabisan wang untuk memiliki kulit wajah yang bersih, cantik dan mulus. Semua ini boleh dikecapi jika anda mempunyai sifat positif selain dapat meluangkan masa secara konsisten untuk mengamalkan penjagaan asas kulit asas secara rutin dari keselesaan rumah.

Lebih menarik rejim ini boleh dilakukan dengan menggunakan bahan semula jadi di samping mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Apabila kita mengamalkan penjagaan kulit secara rutin, tekstur kulit pasti akan tampil lebih sihat dan lembut walaupun usia semakin menginjak.

Dengan menggunakan bahan dari tumbuhan untuk merawat kulit muka ternyata dapat menyerlahkan kecantikan dan memperbaiki mutu kulit. Antaranya, dengan menggunakan bahan asli seperti bunga selain tumbuhan segar yang boleh ditanam di halaman rumah.

Petua lama untuk kekalkan kecantikan kulit dengan menggunakan bahan dan tumbuhan asli ini terbukti amat berkesan. Jika diamalkan secara konsisten, ia bukan sahaja dapat memberi hasil yang terbaik. Ia juga menjimatkan wang dan boleh dilakukan sendiri di dalam keselesaan rumah anda.

Malah, cara merawat kecantikan kulit dari rumah ini merupakan antara petua orang lama dan ia masih lagi diamalkan oleh sesetangah wanita dalam zaman moden dan canggih ini. Antaranya anda boleh menggunakan daun seperti sirih, sayuran timun, lobak dan banyak lagi.

KHASIAT BAHAN ASLI

Daun Pandan

Bukan sahaja dapat membuat masakan rasa enak, daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kecantikan. Antaranya ia dapat membantu untuk mengatasi masalah jerawat, panau dan ekzema.

Diperkaya dengan bahan antibakteria, tidak hairanlah jika daun pandan dapat amat berkesan untuk menangani pelbagai masalah kulit. Selain itu, ekstrak daun pandan juga dapat bertindak untuk mengurangkan radang dan kemerahan kulit. Caranya mudah, anda boleh mengisarnya dan oleskan pada bahagian kulit yang bermasalah.

Biarkan anggaran 15 minit dan bilas. Ulang rejim ini dan lihat keberkesanannya dalam jangka panjang.

Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash)
Daun Sirih

Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus hingga warna air menjadi hijau kehijauan. Kemudian ambil air rebusan itu dan gunakan untuk mencuci wajah. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan menggunakan air sejuk.

Air rebusan ini dikatakan dapat mengelakkan kehadiran jerawat dan ruam kecil pada muka. Pada masa yang sama ia dapat membantu untuk menaikkan seri wajah.

Timun

Sayuran yang menyejukkan ini ternyata mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit dan mata. Hirisan timun dapat membantu untuk menegangkan otot di bawah mata. Jika kerap melakukan rutin kecantikan ini, ia dapat mengurang dan menghilangkan masalah kantung di bawah mata atau eyebag.

Caranya mudah, hiris timun tidak terlalu tipis atau tebal, kemudian tekapkan pada mata. Relaks dan biarkan selama 30 hingga 40 minit sebelum mencuci muka dengan air suam.
Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash)
Lobak

Diperkaya dengan vitamin E, lobak dapat memudarkan dan hilangkan parut muka. Selain itu, ia juga boleh membantu untuk naikkan seri wajah dan juga membantu untuk melembapkan kulit wajah.

Tidak sukar untuk melakukan rutin ini, anda hanya perlu parut lobak dan sapu rata pada kulit wajah. Gunakan ia seperti masker dan biarkan anggaran 30 hingga 40 minit dan bersihkan kulit dengan air suam.
Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash)
Air Kelapa Tua

Jika mempunyai masalah kulit kering atau kusam, cuba amalkan untuk mencuci muka dengan menggunakan air kelapa. Lakukan rutin in secara konsisten dan lihat keberkesanannya.

Semasa mencuci muka dengan air kelapa, biarkan selama 10 mint sebelum bilas bersih dengan air dingin. Lihat keberkesanannya hampir serta merta, kulit muka pastikan akan tampil lebih lembab berseri-seri.

5 RUTIN ASAS SEHARIAN

Selain menggunakan bahan asli untuk memelihara kecantikan kulit,anda juga digalakkan untuk rajin mengurut kulit muka, bersenam dan pastikan waktu tidur yang mencukupi setiap hari. Sebagai permulaan, cubalah rejim berikut.
Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)
Cuci Muka

Amalkan untuk cuci muka sejurus sahaja bila bangun dari tidur. Cuci wajah dengan air suam dan sambil itu urut lembut pada wajahdan amalkan untuk melakukan rutin ini sebelum mulakan aktiviti pagi.
Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)
Urutan Muka

Tenangkan wajah dan kulit muka dengan urutan menggunakan pelembap yang menepati kulit muka anda. Kemudian bilas menggunakan air suam dan lap dengan tuala bersih.

Kemudian tekap wajah menggunakan tuala bersih yang direndam dalam air suam. Rehat dan biarkan anggaran 5 minit dan ulang 2 hingga 4 kali dan urut kulit perlahan-lahan untuk tenangkan otot-otot.
Gambar hiasan.
Senaman

Walaupun sibuk bertugas, cuba luangkan masa setiap minggu untuk melakukan senaman ringan secara konsisten. Tidak perlu ke gim atau melakukan senaman yang berat. Sebaliknya, cuba luangkan antara 30 hingga 45 minit, dua kali seminggu untuk berjalan pantas atau melakukan senaman mudah.

Cara ini berkesan dan dapat membantu tubuh untuk keluarkan peluh kotor dan racun. Jika kita tidak menghapuskan toksin yang terkumpul dalam tubuh, ia boleh menjejas aliran pembuluh darah dan pada masa yang sama, wajah juga seperti tidak bermaya.
Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)
Tidur dan Rehat

Apabila anda sedang tidur, kulit wajah akan membuang sel-sel kulit mati selain radikal bebas. Oleh itu, walau bagaimana sibuk jadual seharian anda, penting untuk memastikan untuk mempunyai jadual tidur yang tetap setiap malam.

Sifat Positif

Elak dari sifat yang negatif seperti mudah marah, melukai perasaan orang lain, sedih berpanjangan, dendam, iri hati dan sebagainya. Sebaliknya amalkan untuk selalu senyun, amal sikap ramah dan yang penting jangan lokek dengan senyuman kerana ia dapat memberi aura positif.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan