Raffles Sentosa Singapore bakal dibuka pada 1 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Raffles Sentosa Singapore)
SINGAPURA: Pembukaan hotel ini antara yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dan kini, Raffles Sentosa Singapore mengumumkan bahawa ia sudah mula mengambil persoalan mengenai tempahan penginapan, majlis perkahwinan dan acara, serta pengalaman spa dan makan malam menjelang pembukaannya pada 1 Mac nanti.
Hartanah yang hanya terdiri daripada vila itu, menandakan babak baharu bagi jenama Raffles, yang didirikan di Singapura pada 1887, dengan penampilan sulung Raffles Singapore yang cukup ikonik.
Berita mengenai hotel kedua Raffles di Singapura ini diumumkan buat kali pertama pada 2019. Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, hotel itu pada asalnya dijadualkan untuk dibuka pada 2022.
Raffles Sentosa Singapore terletak di tengah-tengah suasana kehijauan tropika seluas 100,000 meter persegi di Sentosa. Terletak di puncak bukit, ia turut dikelilingi taman yang subur.

"Raffles Sentosa Singapore akan menjadi tempat yang mempesonakan, di mana alam semula jadi, warisan dan kesejahteraan digabungkan dengan tradisi dan layanan bertaraf dunia jenama Raffles untuk mencipta pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan,” kata Cavaliere Giovanni Viterale, pengurus besar kelompok Raffles Sentosa Singapore dan Sofitel Singapore Sentosa Resort & Spa.
"Resort ini juga akan menawarkan suasana yang sempurna untuk percutian peribadi, perhimpunan keluarga dan bagi meraikan pencapaian penting."
Direka bentuk oleh studio ternama Yabu Pushelberg, hotel ini mempunyai 62 vila, yang berukuran antara 210 meter persegi untuk vila kolam satu bilik tidur hingga 650 meter persegi untuk Villa Royal empat bilik tidur.
Setiap vila dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan teres luaran, serta pemandangan landskap yang subur.
Kesejahteraan akan menjadi tumpuan utama di hotel ini, yang menempatkan sebuah spa dalam mercu tanda warisan yang telah ditukar bagi mendirikan 13 bilik rawatan.
Antara kemudahan lain termasuk dua dewan untuk majlis perkahwinan dan acara, dengan dewan yang terbesar boleh menampung sehingga 400 tetamu.

Pengalaman makan malam adalah satu lagi tarikan hotel tersebut. Terdapat lima restoran dan ruang rehat, menampilkan pilihan sajian yang beraneka.
Di Empire Grill yang terkenal di resort ini, tetamu boleh menikmati masakan Itali asli dengan sentuhan moden, manakala Royal China akan menampilkan masakan Kantonis yang halus.
Para tetamu juga boleh menikmati pengalaman omakase Jepun di Hashida, dan Raffles Afternoon Tea yang istimewa di Bilik Raffles.
Para tetamu juga boleh memilih untuk menjamu selera di kawasan terbuka di tepi kolam renang vila peribadi mereka, di taman yang subur di resort, atau di kawasan terpencil di Pantai Tanjong, yang boleh diakses langsung dari resort itu.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.