Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pustaka Nasional ajak kanak-kanak, seisi keluarga ikut sesi bercerita online sepanjang tempoh pemutus jangkitan COVID-19

Sedang sekolah-sekolah di Singapura beralih kepada Pembelajaran Di Rumah (HBL) sepenuhnya dan perpustakaan awam pula ditutup sepanjang tempoh Pemerintah menguatkuasakan langkah pemutus rantaian COVID-19, Pustaka Nasional mengajak kanak-kanak mengikuti sesi bercerita secara percuma dalam talian.

Anggaran Waktu Membaca:
Pustaka Nasional ajak kanak-kanak, seisi keluarga ikut sesi bercerita online sepanjang tempoh pemutus jangkitan COVID-19

(Gambar: Facebook Pustaka Nasional)

BERITAmediacorp: Sedang sekolah-sekolah di Singapura beralih kepada Pembelajaran Di Rumah (HBL) sepenuhnya dan perpustakaan awam pula ditutup sehingga 4 Mei sepanjang tempoh Pemerintah menguatkuasakan langkah 'circuit breaker' atau pemutus rantaian jangkitan COVID-19, Pustaka Nasional mengajak kanak-kanak mengikuti sesi bercerita secara percuma dalam talian.

Sesi bercerita e-buku bahasa Melayu disiarkan di laman Facebook pertubuhan itu pada setiap Sabtu, sementara sesi bercerita dalam bahawa Inggeris pula, diadakan pada setiap Ahad, kedua-duanya pada pukul 11.00 pagi.

"Semasa arahan duduk di rumah yang akan berkuat kuasa dari 7 April hingga 5 Mei, pihak kami akan menyediakan aktiviti setiap hujung minggu di sesawang kami untuk anda berhibur bersama keluarga. Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut," menurut catatan pertubuhan itu di laman Facebooknya pada 6 Apr.

Sesi-sesinya bermula minggu ini sehingga berakhirnya tempoh langkah jarak selamat yang diperketatkan pada 5 Mei.

Pagi semalam, buku berjudul "Di Mana Rumah Saya?" karya Nur-El-Hudaa Jaafar dibacakan. Sesi membaca sekitar 6 minit itu menerima 166 tontonan dan dikongsi sebanyak 13 kali.

Selain bacaan buku, Pustaka Nasional juga menawarkan potongan harga 30 peratus sehingga 17 April bagi pembelian buku-bukunya, sempena Pesta Buku Digital anjurannya, yang boleh dilungsuri di laman www.e-sentral.sg/shelf/show/pustakanasional.

Pustaka Nasional ditubuhkan pada tahun 1960-an dengan maklamat untuk menyediakan bahan bacaan bermutu untuk masyarakat Melayu/Islam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan