Pusat beli-belah JB ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada S'pura; rindu kunjungan rakyat
Satu ucapan khas Hari Kebangsaan Singapura yang dirakam sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, Malaysia menarik perhatian masyarakat dari kedua-dua negara.
Ucapan R&F Mall di Johor Bahru kepada Singapura sempena Hari Kebangsaan. (Gambar: FB/ R&F Mall Johor Bahru)
JOHOR BAHRU: Sempena Hari Kebangsaan Singapura pada Ahad(9 Ogos) memang tidak hairan untuk melihat pusat-pusat beli-belah dihiasi dengan ucap selamat bagi meraikan ulang tahun negara ke-55.
Satu ucapan khas Hari Kebangsaan Singapura yang dirakam sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, Malaysia menarik perhatian masyarakat dari kedua-dua negara.
Pusat beli belah R&F Mall Johor Bahru memuat naik ucapan buat Singapura, di Facebook semalam, dengan sebahagiannya berbunyi: "Kekal selamat, bro. Kita akan berjumpa tidak lama lagi."
Ucapan dilakukan pusat beli-belah itu lengkap dengan beberapa foto yang dipercayai disunting, menurut laporan portal Mothership.
Bagi pengetahuan umum, R&F Mall adalah sebuah pusat beli-belah baru di Johor Bahru yang dibuka pada 2019.
Ia terletak hanya satu kilometer dari Pusat Pemeriksaan Johor Bahru.
Dengan pandemik COVID-19 masih melanda dunia dan sekatan sempadan masih lagi dilaksanakan, kemungkinan warga Singapura dan Malaysia dapat kembali berulang-alik bagi tujuan riadah, nampaknya tidak akan berlaku pada masa terdekat ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.