Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Projek DIY popular di TikTok tapi harus dihindar sama sekali

Anda pernah terdetik untuk memulakan projek rumah DIY yang tampak mudah lagi cantik seperti digambarkan dalam TikTok? 

Anggaran Waktu Membaca:
Projek DIY popular di TikTok tapi harus dihindar sama sekali

(Gambar hiasan: Roselyn Tirado/Unsplash)

Diterbitkan : 08 Nov 2021 08:05PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 08:08PM

SINGAPURA: Anda pernah terdetik untuk memulakan projek rumah DIY yang tampak mudah lagi cantik seperti digambarkan dalam TikTok?

Bukan sahaja hasilnya semenggah hiasan dalaman rumah yang dilihat dalam Pinterest, ia bahkan menjimatkan wang dan menyelamatkan anda daripada melalui kerumitan proses pengubahsuaian.

Jadi, apa salahnya mencuba bukan?

Menurut satu kajian oleh laman pembandingan insurans Confused.com, sehingga 39 peratus trend DIY TikTok dan perhiasan rumah sebenarnya lebih mendatangkan kemudaratan daripada menguntungkan. Ini disebabkan mutu hasilnya yang lemah atau keprihatinan berhubung keselamatan.

Syarikat itu menghimpunkan beberapa trend TikTok DIY daripada rencana-rencana online dan berunding dengan seorang pakar industri berpengalaman lebih 20 tahun untuk menyenaraikan lima jenis projek buat sendiri yang wajar dielakkan sama sekali.

#1: Gunakan jubin tampal di kawasan terdedah kepada haba

Misalnya, di dapur. Pelekat pada jubin itu mungkin kurang berkesan lama-kelamaan selepas ia terdedah kepada haba. Bagaimanapun, pakar industri berkata jubin tampal di sudut-sudut seperti kepala katil selamat untuk dicuba.

#2: Gunakan pena turap (grout pen)

Menggunakan pena turap untuk mengubah warna turap pada jubin anda mungkin satu cara mudah dan pantas tetapi akhirnya, ia hanya akan membuahkan hasil yang ibarat jauh panggang dari api . Erti kata lain - bajet.

#3: Membersih gunakan gerudi

Selain tidak masuk akal, kaedah ini juga berbahaya lebih-lebih lagi sekiranya anda hilang kawalan dalam sekelip mata.

#4: Menstensil lantai

Sudut paling teruk untuk anda menstensil lantai adalah bilik mandi. Sebaliknya, laburkan sedikit wang untuk membeli jubin tidak licin yang sudah dicuba dan diuji dahulu.

#5: Mengecat singki

Singki berwarna itu mungkin menghidupkan estetik keseluruhan bilik mandi anda tetapi buat seketika sahaja.

Para pakar menyifatkan projek ini DIY paling teruk untuk dicuba kerana warna cat itu tidak mungkin mampu bertahan buat waktu yang lama. Akhirnya, anda mungkin akan mengeluarkan lebih banyak wang untuk menggantikannya dengan singki baru.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan