Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Program di Toronto galak wanita berhijab berbasikal

Anggaran Waktu Membaca:
Program di Toronto galak wanita berhijab berbasikal

(Gambar: Facebook/Hijabs & Helmets)

TORONTO: Bagi Tagreed Elhassan, merasakan angin di mukanya adalah perasaan istimewa.

Berbasikal membuatnya rasa berdikari dan merupakan satu cara untuk bersenam.

Beliau mempelajari asas mengayuh basikal di Arab Saudi dan Mesir, dan kini satu program di kediaman barunya di Toronto mengajar pelarian 24 tahun dari Eritrea itu cara mengawal basikal serta mekanisme asas basikal, supaya dia yakin untuk mengajar individu lain, lapor Astro Awani.

"Saya belajar mengayuh di sini," kata Elhassan, sedang dia berehat di sebuah taman di hujung timur Toronto.

"Perkara yang kecil sudah berkembang menjadi sesuatu yang besar."

Program 'Hijab and Helmet' bertujuan untuk menawarkan pendidikan dan persekitaran yang terbuka kepada individu yang baru mengenali aktiviti berbasikal serta bandar tersebut. Terutama sekali wanita Muslim yang berasal dari latar belakang berbeza di mana berbasikal bukan satu kebiasaan.

Program itu ditubuhkan tiga tahun lalu untuk memenuhi permintaan masyarakat, kata Meena Badawi, seorang pekerja kesihatan di Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan Berbilang Kaum Access Alliance, dan ketua program Hijab and Helmets.

Ia mendapatkan sebahagian besar dananya dari Maple Leaf Sports and Entertainment, yang memiliki pasukan sukan Toronto, termausk pasukan hoki ais Maple Leafs dan pasukan bola jaring Raptors, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Pasukan itu menyedari bahawa "terdapat jurang dalam perkhidmatan buat wanita Muslim di dalam masyarakat ... yang berminat dalam berbasikal namun tidak mempunyai arah tuju," kata Cik Badawi.

Cik Badawi, yang terlibat dalam kelab berlari wanita Muslim berkata dia memahami perasaan mereka.

"Sebagai wanita berhijab, saya mendapati terdapat jurang pada sukan rekreasi untuk wanita yang kelihatan seperti saya," tambahnya.

Kumpulan tersebut berkhidmat kepada kawasan Taylor Creek di Toronto, yang mempunyai jumlah pendatang asing yang tinggi, kata Cik Badawi.

Elhassan berkata beliau mula menyertai program it pada tahun lalu bersama adik-beradik perempuannya. Tidak lama kemudian, dia rasa selesa untuk mengayuh basikal ke pasar raya, dengan beg digantung di pemegang basikal.

Penyertaan wanita berhijab "sungguh bermakna" kata Elhassan.

"Saya rasa seperti kami diiktiraf."
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan