Potensi baharu guna kulit durian dalam kelas memandu
Anggaran Waktu Membaca:
Perjuangan menuju kejayaan kadang kala penuh dengan pahit manisnya. Demikian yang cuba diterapkan seorang instruktor memandu di China kepada anak didiknya.
Mendapat ilham daripada kulit durian, beliau ingin memastikan, apa yang diajarnya bukan untuk dilupakan.
Dalam video yang dimuat naik ke laman media sosial China Douyin, lelaki itu mendedahkan telah berminggu-minggu mengajar pelajarnya cara memegang stereng kereta dengan betul.
Namun, setelah beberapa kali diajar, pelajar itu tetap tidak memahaminya.
Justeru, beliau membuat keputusan untuk pengikat kulit durian pada stereng kereta kecuali pada kedudukan jam 9 dan 3 iaitu tempat betul meletakkan tangan untuk mengendalikan dan mengawal stereng kereta.
Dalam rakaman tersebut, pelajar itu kelihatan cuba sedaya upaya untuk kekal memberi tumpuan, sambil menahan rasa sakit apabila terkena duri durian.
"Dengan cara ini, saya rasa anda akan dapat mempelajarinya dalam masa sehari sahaja" kata instruktor itu dengan nada berseloroh.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.