Skip to main content

Gaya Hidup

Pizza Hut Cheesy 7 kembali ke SG, diilhamkan oleh Fantastic 4

Anggaran Waktu Membaca:
 Pizza Hut Cheesy 7 kembali ke SG, diilhamkan oleh Fantastic 4

Piza Cheezy 7 yang paling laris bakal kembali ke Pizza Hut Singapura untuk masa terhad. (Gambar: Pizza Hut Singapore)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 11 Jul 2025 09:26PM Dikemas Kini : 14 Jul 2025 04:49PM
SINGAPURA: Para peminat Marvel, ini mungkin piza yang anda nanti-nantikan. Piza Cheesy 7 yang paling laris bakal kembali ke Pizza Hut Singapura untuk masa terhad sempena menyambut pelancaran filem-filem blockbuster Marvel Studios yang bakal ditayangkan, The Fantastic Four: First Steps.

Dari sekarang hingga 7 September, manjakan diri anda dengan Cheesy 7, disusun dengan adunan tujuh keju – cheddar, mozzarella, provolone, Monterey Jack, parmesan, edam dan keju krim – untuk pengalaman yang pasti menggiurkan.

Selain Cheesy 7 Original dan Hawaiian yang biasa dijual, Cheesy 7 Quadro yang baharu diinspirasikan oleh filem blockbuster Marvel terkini, yang akan mula ditayangkan di Singapura pada 24 Julai.

Piza Cheesy 7 Quadro edisi terhad yang besar bersaiz 12 inci yang menampilkan empat sos yang menyelerakan: Keju, madu panas, truffle dan BBQ, masing-masing diilhamkan oleh kuasa watak Fantastic Four.

Taburan keju di atasnya menjadikan piza itu serupa keupayaan luar biasa Encik Fantastic Reed Richards yang boleh 'tarik' dirinya rentas jarak jauh; sos madu panas yang tidak begitu pedas pada mulanya tetapi cukup meninggalkan kesan sama seperti keupayaan Sue Storm untuk menjadi lutsinar; titisan truffle puls akan membuat anda sama menarik seperti karisma bara api Johnny Storm serta minatnya yang mendalam kepada pengembaraan; dan sos BBQ pula diilhamkan oleh bentuk badan sasa dan kekuatan Ben Grimm yang lasak.

Tambah lagi keriangan anda dengan Cheesy 7 Splitza baharu, ditawarkan secara eksklusif dalam saiz biasa 9 inci. Ciptaan unik ini membolehkan anda menggabungkan dua gabungan perisa dalam satu piza.

Lengkapkan hidangan anda dengan hidangan baharu yang mesti dicuba hanya boleh didapati untuk tempoh terhad ini: Pepperoni daging lembu madu panas dicairkan dengan jalapeno, kepak ayam madu panas, wafel swicy dengan ayam ketul berempah berserta 'cheesy snack platter'.

Untuk melengkapi tawaran ini, mulai sekarang hingga 27 Julai, dapatkan apa-apa Pizza Cheesy 7 – Original, Hawaii, Splitza atau Quadro – daripada hanya S$13.90 untuk yang biasa atau S$19.90 untuk yang besar.

Anda boleh nikmatinya di restoran-restoran Pizza Hut, dibungkus untuk dibawa pulang atau dipesan menerusi penghantaran. Anda juga boleh menikmati potongan harga 50 peratus untuk dua piza Cheesy 7 biasa atau besar apabila anda memesan di kedai untuk dibawa pulang atau memesan untuk penghantaran.
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita