Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pihak berkuasa Indonesia tawar ganjaran bagi keluarkan tayar dari leher buaya

Pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengeluarkan tayar motosikal tersangkut pada leher seekor buaya tembaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Pihak berkuasa Indonesia tawar ganjaran bagi keluarkan tayar dari leher buaya

Pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengeluarkan tayar motosikal tersangkut pada leher buaya ini.

Diterbitkan : 01 Feb 2020 12:05AM Dikemas Kini : 01 Feb 2020 12:08AM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengeluarkan tayar motosikal tersangkut pada leher seekor buaya tembaga.

Bagaimanapun, jumlah ganjaran itu bermakna bahawa individu itu perlu sanggup bergadai nyawa untuk ‘menyelamatkan’ reptilia sepanjang empat meter itu di Palu, Sulawesi Tengah.

Pihak berkuasa perlindungan hidupan liar tempatan sudah cuba membantu buaya tersebut sejak beberapa tahun lalu dan satu video terbaru menunjukkan haiwan itu tercungap-cungap semasa bernafas, mungkin menandakan ia akan mati tidak lama lagi.

Tayar itu dikhuatiri semakin mencekik buaya yang kini sudah besar saiznya, sekali gus mendorong Agensi Perlindungan Sumber Asli Sulawesi Tengah menawarkan ganjaran.

Arahan itu dikeluarkan gabenor wilayah itu, selepas melihat sendiri kesengsaraan buaya tersebut, walaupun agensi berkenaan menghadapi kekangan kewangan.

Agensi itu tidak memberikan butiran terperinci mengenai ganjaran yang ditawarkan atau bagaimana ia perlu dilakukan tetapi ketuanya, Encik Hasmuni Hasmar, berkata ganjaran itu akan diberikan olehnya sendiri.

Namun, beliau mengingatkan bahawa tawaran itu tidak bermakna sesiapa saja boleh cuba menangkap buaya itu, sebaliknya ia khusus bagi mereka yang berpengalaman dalam menyelamatkan hidupan liar berbahaya.

"Kami minta orang ramai jangan menghampiri buaya tersebut atau mengganggu habitatnya,” katanya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan