Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta Warisan S'pura 2021 raikan kejayaan sektor jagaan kesihatan & budaya masakan

Pesta Warisan Singapura (SHF) tahun ini akan meraikan kejayaan sektor jagaan kesihatan dan budaya masakan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Apr 2021 08:18PM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 08:37AM

SINGAPURA: Pesta Warisan Singapura (SHF) tahun ini akan meraikan kejayaan sektor jagaan kesihatan dan budaya masakan tempatan.

Ini termasuk ulang tahun ke-200 Hospital Besar Singapura (SGH) dan pengiktirafan budaya penjaja ke dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO.

Dengan lebih 100 program fizikal dan online, Pesta Warisan Singapura (SHF) akan diadakan secara hibrid buat julung-julung kalinya.

Ia akan menampilkan beberapa arca menarik seperti arca sebuah rumah kampung tradisional yang dihasilkan dalam konteks kontemporari.

Satu sesi perkongsian oleh para pengumpul barangan peribadi turut dijadualkan.

Encik Jamal Mohd misalnya mengumpul barangan klasik di Nusantara itu seperti keris dan kain batik.

"Mulanya sekali, saya ingin kongsi tentang koleksi keris saya kerana pada saya ini sesuatu alat penting sekali dalam masyarakat Melayu dan selalunya apabila kita sebut pasal keris, orang kata ada pantang-larangnya dan kuasa ajaib. Pada saya, itu tidak begitu mustahak. Yang lebih mustahak adalah estetikanya dan apa erti keris itu dalam masyarakat Melayu pada satu masa dahulu," kata Encik Jamal.

Selain itu, para pengunjung SHF juga boleh menyertai lawatan berpandu ke bangunan-bangunan bersejarah seperti SGH.

"Melalui Pesta Warisan Singapura, kami menjemput semua untuk mengimbas kembali kisah-kisah yang menyatukan kami bersama dan harap untuk memberi inspirasi kepada semua untuk memelihara warisan kita," kata Pengurus Pesta dan Pembangunan, Qazim Karim.

SHF akan berlangsung dari 3 hingga 30 Mei ini.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan