Pesta 'Twilight: Flea & Feast' kembali diadakan pada 13-15 Jun
Pesta 'Twilight: Flea & Feast' kembali diadakan pada hujung minggu ini, mulai Jumaat (13 Jun) hingga Ahad (15 Jun).

Para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai aktiviti menarik di Pesta 'Twilight: Flea & Feast'. (Gambar: Adi Media Pte Ltd)
Para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga yang boleh dinikmati secara percuma.
Dianjurkan oleh Adi Media Pte Ltd, pesta itu berlangsung di Suntec Singapore dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam.
Sempena Hari Bapa, para pengunjung boleh menyaksikan tayangan filem bertemakan bapa sepanjang tiga hari pesta itu diadakan.
Sebanyak 200 cawan kopi akan diberikan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada kaum bapa pada 15 Jun.
Selain mengetengahkan bakat-bakat tempatan, pesta itu turut menampilkan pelbagai sajian makanan dan persembahan seni, termasuk persembahan muzik secara langsung oleh penghibur jalanan atau 'busker' tempatan.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak seperti istana belon, lukisan muka, seni belon dan permainan arked klasik.
Sebanyak 100 gula kapas (cotton candy) akan diberikan secara percuma setiap hari.
Pesta 'Twilight: Flea & Feast' itu juga menampilkan lebih 40 gerai makanan Halal, yang menjual beraneka juadah seperti burger, pencuci mulut dan makanan jalanan ala Thai.
Para pengunjung juga boleh membeli-belah di lebih 200 reruai runcit yang menjual fesyen muslimah, aksesori kanak-kanak, produk kecantikan, barang perhiasan rumah dan kraf tangan buatan tangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.