Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta tulip tahunan Gunung Fuji bermula minggu depan

Festival Syurga Tulip di kaki Gunung Fuji, Jepun, bakal mewarnai bandar itu minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta tulip tahunan Gunung Fuji bermula minggu depan

(Gambar: Grinpa Amusement Park)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 09:24AM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 09:30AM

TOKYO: Festival Syurga Tulip di kaki Gunung Fuji, Jepun, bakal mewarnai bandar itu minggu depan.

Pesta selama sebulan itu akan menampilkan 200,000 bunga tulip daripada 150 jenis dengan berlatarbelakangkan Gunung Fuji, menurut laman taman tema Grinpa Amusement Park.

Ia akan dibuka setiap hari antara pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang dari 20 April hingga 26 Mei, bergantung kepada keadaan mekar kembang bunga itu.

Tiket-tiket berharga ¥1,300 (S$15.90) bagi orang dewasa manakala warga tua serta kanak-kanak hanya dikenakan ¥850 (S$10.40).

Untuk sampai ke taman tersebut, para pengunjung boleh menaiki kereta api dari stesen-stesen Gotemba, Mishima dan Fuji.

Taman tersebut turut menganjurkan festival tulip setiap musim dan festival dahlia apabila bunga itu kembang mekar semasa musim-musim panas serta luruh.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan