PESTA RAYA ESPLANADE: Konsert Dari Sudut Hati Habsah Hassan rai perjalanan seni selama 5 dekad
Karya penulis lirik tersohor Habsah Hassan selama lima dekad diraikan dalam konsert Dari Sudut Hati Habsah Hassan yang berlangsung pada Jumaat (2 Mei).
Sebanyak 20 lagu ikonik ciptaan beliau, yang pernah dipopularkan oleh nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza dan Francissca Peter, dialunkan-semula oleh penyanyi-penyanyi legenda seperti Salamiah Hassan dan Jamal Abdillah.
LEBIH 1,000 LIRIK LAGU DITULIS, 20 LAGU IKONIK DIPERSEMBAHKAN
Seramai 50 artis bersatu dalam konsert tersebut sebagai penghormatan kepada lebih 1,000 karya Habsah Hassan.
Antara lagu malar segar yang dipersembahkan termasuk Merisik Khabar oleh Sudirman Haji Arshad, Menaruh Harapan oleh Zaiton Sameon dan Wajah Rahsia Hati oleh Ogy Ahmad Daud.alanan seninya.
Lirik-lirik beliau sarat dengan mesej harapan, kerohanian, nilai kehidupan dan pemerkasaan wanita dan pernah dinyanyikan ramai nama besar, antaranya Anuar Zain, Ziana Zain, Alleycats, Fauziah Latif dan Anita Sarawak.
"Saya rasa sangat terharu dan terasa sangat dihargai. Bila tawarannya datang dari Singapura, saya rasa sangat berbesar hati sebab memang betul, saya bermula segalanya di Singapura sini. Jadi, terima kasih kepada Esplanade, kepada orang-orang Singapura yang menghargai," luah Habsah Hassan, 76 tahun kepada wartawan Roslinda Rahmat.
"Saya bergembira ada di sini pada malam ini untuk menghiburkan semua yang datang," luah Salamiah Hassan, 74 tahun.
Namun, kemunculan Arish Mikael, artis muda dari Muar, Johor yang memiliki suara yang mirip Allahyarham Sudirman, menjadi pengubat rindu kepada penyanyi legenda itu.
Selain Habsah Hassan, segmen BERITA+ HTHT tersebut juga bakal menampilkan kisah kecemerlangan seni Salamiah Hassan dan penghargaan luar biasa yang diterimanya daripada peminat di Singapura, juga pada suatu hari Sabtu bertarikh kemudian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.