Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta Malam Singapura kembali selepas 2 tahun tidak diadakan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pesta Malam Singapura, atau Singapore Night Festival, bakal membuka tirainya pada akhir bulan ini untuk edisi ke-13.

Bertemakan Kelahiran Semula ataupun "Rebirth", ia melambangkan kembalinya semula pesta itu selepas dua tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.

Pesta tahun ini akan menonjolkan format yang lebih gah dan meriah, sambil meraikan kekayaan budaya dan warisan kawasan Bras Basah dan Bugis menerusi karya-karya artis tempatan.

"Kawasan pesta tahun ini diperluaskan lagi untuk meneroka Fort Canning Park yang penuh dengan sejarah," kata Muhammad Qazim Abdul Karim, Pengurus Kanan, Pembangunan Pesta & Kawasan.

"Kami juga menampilkan lebih banyak persembahan oleh kumpulan-kumpulan seni yang berpusat di Bras Basah dan Bugis di mana sebahagian daripada mereka menganggap kawasan tersebut seperti rumah mereka."

Antara artis Melayu tempatan yang mempamerkan karya mereka adalah Farizwan Fajari, Fish Jaafar dan Nhawfal Juma'at.

Dua arca bercahaya yang dihasilkan artis visual Nhawfal Juma'at ditempatkan di Kompleks Waterloo.

nhawfal jumaat  night festival
Ihsan: Nhawfal Juma'at

Karya yang dinamakan "NOCTURNE:Conversations with Waterloo" itu melambangkan sifat intrinsik manusia untuk mencari dan membentuk isi perbualan, yang disamakan dengan cahaya. Karya tersebut diilhamkan hasil pemerhatian peribadinya ketika menyaksikan orang berbual dan ketawa di sesuatu ruang. Ia bertujuan untuk menunjukkan konsep perbualan, sebuah fenomena yang menurutnya, membenarkan kita memahami, merenung dan merentasi peredaran masa.

Artis Fish Jaafar pula menghasilkan karya yang meraikan warisan dan sejarah Kompleks Bras Basah yang dikenali sebagai hab buku.

sg night festival
Ihsan: Fish Jaafar

Karyanya yang bertajuk "City of Books" mempamerkan mural anamorfik jalanan yang menunjukkan imej buku-buku terbang. 

Dengan menggunakan cara lukisan tradisional dan kaedah digital yang terhad, artis tersebut mahu memupuk rasa kagum dalam kalangan pengunjung dengan sejarah kawasan yang dahulu terletaknya banyak kedai buku.  

Para pengunjung boleh menikmati lebih 55 acara termasuk arca pemasangan seni cahaya.

Pesta Malam Singapura berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos ini. 

Sumber : CNA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan