Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta Keibubapaan Singapura 2022: Ikuti 8 webinar percuma mengenai kesuburan, kehamilan dan banyak lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Keibubapaan Singapura 2022: Ikuti 8 webinar percuma mengenai kesuburan, kehamilan dan banyak lagi

Gambar fail keluarga. (Gambar: staticnak1983/iStock)

Diterbitkan : 20 Feb 2022 11:34PM Dikemas Kini : 20 Feb 2022 11:36PM

SINGAPURA: Adakah anda mempunyai soalan mendesak tentang kehamilan, penjagaan anak atau keibubapaan yang perlu dijawab pakar, atau kenal seseorang yang mempunyai kemusykilan sedemikian? 

Penganjur Pesta Keibubapaan Singapura 2022 sudah mengaturkan satu webinar yang menampilkan  pakar-pakar perubatan dan bidang penjagaan anak yang dapat memberi penjelasan tentang isu-isu tersebut. 

Acara selama dua minggu secara maya itu dianjur bersama oleh Mediacorp dan platform kandungan theAsianparent. Ia berlangsung dari 21 Februari hingga 6 Mac. 

Berikut ini webinar yang boleh memanfaatkan anda - semuanya bermula 7.30 malam: 

UNTUK WANITA

Kehamilan 
22 Februari: Buku panduan bagi ibu baru -  asas utama 

Dapatkan panduan daripada tiga pakar tentang kehamilan dan kesihatan usus, serta penjagaan bayi dan perihal berhubung  Perubatan Tradisional Cina (TCM). 

Menyusukan bayi
23 Februari: Ada susu? Belajar cara menyusukan bayi anda! 

Wanita yang bimbang tentang asas menyusukan bayi mereka, daripada cara menangani payudara bengkak hingga  kepada makanan yang harus dimakan atau dielakkan, mungkin akan mendapat manfaat daripada sesi ini. 

UNTUK PASANGAN DAN KELUARGA 

Panduan hamil 
21 Februari: Sukar hamil? Semua yang perlu anda tahu

Sesi ini akan menghuraikan keprihatinan tentang kesuburan, rawatan yang sedia ada, kehamilan berisiko tinggi dan banyak lagi. Dua ibu akan masing-masing mengongsi perjalanan  mereka menjalani IVF. 

Bayi
24 Februari: 6 bulan pertama bersama bayi - apa yang tidak diketahui ramai 

Sesi ini akan membantu anda mengurus dan mengenal pasti perubahan pada bayi anda. Ia juga akan membincangkan detik-detik penting dalam pengembangan bayi. 

Pemakanan
28 Februari: Tolong! Anak saya suka pilih-pilih makanan

Bagaimana anda boleh tahu bezakan antara seseorang yang suka pilih-pilih makanan dan seorang yang menghadapi masalah makan? Sesi ini akan sedikit sebanyak menjawab pertanyaan itu dan juga membincangkan resipi-resipi mudah dan berkhasiat yang  boleh anda cuba di rumah. 

Vaksinasi
1 Mac: Hidup dengan COVID-19: Bagaimana untuk melindungi keluarga anda

Webinar ini akan menangani keprihatinan vaksinasi pada kanak-kanak dan cara-cara anda boleh melindungi keluarga anda. Seorang ibu juga akan mengongsikan pengalamannya menguruskan anak yang diuji positif COVID-19, termasuk langkah-langkah yang diambil untuk membersihkan rumahnya. 

Kesejahteraan keluarga 
2 Mac: Memastikan kesejahteraan keluarga anda 

Meskipun menjadi ibu bapa itu sukar, perjalanan seorang anak juga sukar. 

Melalui webinar ini, anda akan belajar bagaimana untuk menyediakan persekitaran positif bagi anak anda sementara mengutamakan kesihatan mental kesemua anggota keluarga. 

Perihal sekolah dan pembelajaran 
3 Mac: Panduan dari peringkat prasekolah hingga PSLE 

Memasuki fasa baru perjalanan pendidikan anak anda boleh memberi tekanan kepada semua. Webinar ini akan mengupas strategi-strategi untuk membantu anak-anak anda menangani perubahan-perubahan utama di pelbagai fasa kehidupan mereka apabila mereka masih kecil lagi.  

Anda boleh daftar di laman web ini

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan