Pesta Keibubapaan SG 2023: Belajar tentang kehamilan, khasiat susu badan, pembangunan kanak-kanak & persiapan PSLE
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock/JimmyFam
SINGAPURA: Pesta Keibubapaan Singapura 2023 kembali buat edisi ketiga tahun ini.
Ia bakal menampilkan beberapa penceramah yang akan berkongsi kepakaran mereka melalui lebih lapan sesi webinar secara percuma.
Antara topik yang akan disentuh termasuk kehamilan, tempoh pantang, memberi susu badan, jagaan kanak-kanak dan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).
Dianjurkan bersama oleh Mediacorp dan wadah keibubapaan theAsianparent, acara yang diadakan secara online itu akan berlangsung dari 24 April sehingga 5 Mei. Setiap webinar dijadual bermula pada pukul 8.00 malam.
BAGI WANITA
Kehamilan
25 April: "Pregnancy made easy: A journey of new discovery"
Dapatkan pandangan pakar mengenai cara-cara untuk membuat persiapan bagi proses bersalin, sama ada bagi para ibu kali pertama ataupun mereka yang pernah melalui kehamilan sebelum ini.
Penceramah: Dr Wong Boh Boi, pengasas ParentCraft yang juga perunding kanan laktasi
Susu Badan
26 April: "Newbie to boobie: Be a breastfeeding pro"
Teroka pelbagai aspek penyusuan, daripada bagaimana untuk memulakan dengan bayi yang baru lahir kepada bagaimana untuk terus memberikan susu badan tatkala anda sudah kembali bekerja.
Penceramah: Yvon Bock, perunding laktasi yang diiktiraf lembaga antarabangsa dan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hegen.
Jagaan Selepas Bersalin
27 April: "Baby's out! What's next?"
Teroka keperluan badan selepas bersalin - bagaimana para ibu pulih secara menyeluruh selepas bersalin dan petua memupuk tabiat tidur dengan sihat dalam kalangan bayi yang baru lahir bagi memberi lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga.
Penceramah: Eunice Tan, pakar diet bertauliah dari Tian Wei Signature; Leann Low, perunding tidur bayi bertauliah Sleep Sense dari Sleepybubba.
BAGI PASANGAN & KELUARGA
Proses Kehamilan
24 April: "Getting Pregnant 101: Are you working hard or smart?"
Seorang pakar kesuburan dan dua wanita yang berjaya melalui proses kehamilan akan menyertai perbincangan mengenai cabaran hamil, rawatan kesuburan yang tersedia dan banyak lagi.
Penceramah: Dr Kelly Loi, pengarah perubatan Pusat Kesihatan & Kesuburan Wanita dan Pusat Kesuburan Hospital Mount Elizabeth; Rafidah Jalil dan Angelene Hermann, ahli Fertility Support SG.
Teknologi dan Kanak-Kanak
2 Mei: "Growing up with technology: How much is too much?"
Apakah kesan masa skrin yang berlebihan, ketagihan pada permainan dan kesan miopia ke atas pembangunan kanak-kanak? Ketahui bagaimana ibu bapa boleh menetapkan sekatan apabila anak-anak mereka menggunakan peranti digital mereka.
Penceramah: Alsen Chanamuto, pengurus pendampingan Pusat Kebapaan; optometris Dr Koh Liang Hwee.
Pembangunan Kanak-Kanak
3 Mei: "Cultivate joy in learning"
Webinar tersebut bermatlamat untuk membantu para ibu bapa memahami bagaimana untuk memainkan peranan yang aktif dalam pendidikan anak-anak mereka dengan menyediakan maklum balas yang menggalakkan berhubung perkembangan pembelajaran mereka.
Penceramah: Angela Yang, pengarah pembangunan profesional dan pendidikan di Yayasan Masyarakat PAP; Flynn Sor, pakar pendidikan awal kanak-kanak, penulis dan pengasas @happytotshelf.
Kesejahteraan
4 Mei: "Raise resilient children with 5Cs: Confidence, connection, character, coping and control"
Bantu anak-anak anda membangunkan kemahiran penting, seperti membina keyakinan, menjalin hubungan, membangunkan perwatakan yang tegas, menangani cabaran dan memupuk rasa kawal diri.
Penceramah: Alvina Chin, pendidik kehidupan keluarga di Mums for Life; Cheryl Ann Chan, pengurus kanan program PlayFACTO School.
Hal Sekolah dan Pembelajaran
5 Mei: "Never too early to prepare for PSLE"
Pelajari strategi utama bagi kedua-dua ibu bapa dan pelajar untuk diguna pakai dalam membuat persiapan bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), daripada teknik pembelajaran yang berkesan serta menangani tekanan hingga ke mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan.
Penceramah: Dr Annabelle Chow, ahli psikologi klinikal dari Annabelle Kids; Lee Meng Hui, seorang perunding pendidikan kanan di Koobits.
Daftar untuk webinar percuma di sini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.