"Pesta buku terbesar di dunia" jelajah Timur Tengah
Pesta penjualan buku terbesar di dunia kini menjelajah Timur Tengah - iaitu lokasi perhentiannya yang pertama dengan menawarkan diskaun bagi 3 juta buku.
3 juta buku ditawarkan dalam Pesta Buku Big Bad Wolf di Dubai. (Gambar: Satish Kumar/Reuters)
DUBAI: Pesta penjualan buku terbesar di dunia kini menjelajah Timur Tengah - iaitu lokasi perhentiannya yang pertama dengan menawarkan diskaun bagi 3 juta buku.
Pesta itu diadakan di sebuah hangar yang besar di Dubai sepanjang hari dan malam.
(Gambar: Satish Kumar/Reuters)
Sebelum ini, pesta 'Penjualan Buku Big Bad Wolf' yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009 sering menjelajah beberapa bandar Asia termasuk Jakarta, Manila, Cebu, Colombo, Bangkok dan Taipei.
(Gambar: Satish Kumar/Reuters)
Pihak penganjur berharap untuk memikat seramai 300,000 pengunjung bagi pesta selama 11 hari di Dubai itu.
Pengasasnya, Andrew Yap, pula berkata beliau menjangkakan jumlah besar buku yang dijual di acara itu akan memikat ramai pembaca.
(Gambar: Satish Kumar/Reuters)
"Ini akan memberikan kepelbagaian kepada para pembaca dalam pasaran matang seperti Dubai," kata Encik Yap kepada agensi berita Reuters.
Roudha Al Marri, seorang penulis buku yang bukunya dijual di pesta itu, berkata bandar seperti Dubai memerlukan acara seumpama itu bagi membantu memupuk budaya membaca dalam kalangan "generasi baru yang lebih menggunakan alat mudah alih".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.