Skip to main content

Gaya Hidup

Pesta belon udara panas Pulau Pinang kembali Februari ini

Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang kembali menggamit kunjungan ramai dengan edisi kelimanya dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 Februari depan di Padang Polo, George Town.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta belon udara panas Pulau Pinang kembali Februari ini

Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 Februari depan di Padang Polo, George Town. (Gambar: Penang Hot Air Balloon Fiesta/Facebook)

Diterbitkan : 31 Dec 2018 09:06AM Dikemas Kini : 31 Dec 2018 09:16AM

BUTTERWORTH: Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang kembali menggamit kunjungan ramai dengan edisi kelimanya dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 Februari depan di Padang Polo, George Town.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin, berkata 15 belon udara panas antarabangsa dan tempatan akan ditampilkan sepanjang hari berkenaan, dari pukul 7.00 pagi hingga 9.00 malam.

“Orang ramai juga dapat menyertai aktiviti mesra keluarga, bengkel-bengkel kreatif dan pelbagai lagi acara yang akan diadakan,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran “The Path” Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang pada Ahad malam (30 Dis), yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Majlis itu menyaksikan keunikan pameran cahaya indah menghiasi ruang angkasa sekitar sini, di samping penampilan replika mini belon panas yang diperbuat dari kertas yang diwarnakan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, yang digantung indah untuk tatapan umum, sebagai ‘prelude’ atau permulaan kepada pesta berkenaan.

Sebanyak 400 replika mini belon panas itu digantung untuk dipamerkan di Butterworth Art Walk, manakala 700 lagi di Padang Kota Lama.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita