Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Peserta MasterChef S'pore, Ilya Nur Fadhly, kongsi tip elak bazir makanan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sisa makanan menyumbang separuh daripada apa saja yang dibuang oleh setiap isi rumah di Singapura setiap hari dan ini merupakan satu isu yang sangat serius, menurut kempen Pelan Induk Tanpa Sisa Pemerintah.

Episod terbaru musim ketiga MasterChef Singapore yang disiarkan di Saluran 5 dan MeWATCH semalam (15 Mei) cuba meningkatkan kesedaran terhadap isu pembaziran makanan.

Bagi cabaran pertama, sepuluh peserta harus menyajikan hidangan kreatif yang menggunakan makanan yang tidak habis dimakan dalam tempoh sejam.

Meja setiap peserta juga dilengkapi dengan tong sampah yang digunakan untuk memantau apa sahaja yang dibuang.

Ini bagi memastikan agar para peserta hanya membuang barang yang tidak dapat digunakan sama sekali

Pemenang cabaran tersebut ialah Ilya Nur Fadhly yang menambat hati para juri dengan hidangan chwee kueh yang dihasilkannya.

Selain terselamat daripada pusingan penyingkiran, Encik Ilya membawa pulang hadiah bernilai S$3,000 yang secara tdak langsung turut menyelamatkan tiga peserta lain daripada tersingkir.

Encik Ilya sendiri berpegang teguh kepada prinsip yang mengutamakan dan melestarikan alam sekitar. Beliau membuktikannya melalui sentuhan kreatifnya pada hidangan yang disajikan.

Tidak membeli makanan secara berlebihan akan menyuntik "inovasi kepada cara kita memanfaatkan sepenuhnya apa saja yang dibeli".

Beliau juga menarik perhatian bagaimana beliau dan keluarganya cuba mengelakkan pembaziran apabila makan di luar dengan memastikan mereka hanya mengambil makanan yang benar-benar boleh dihabiskan.

"Lihat saja pada perut saya ini," beliau berseloroh.

Berikut adalah cara-cara bagaimana beliau mengurangkan pembaziran makanan, baik di rumah mahupun apabila menjamu selera di luar.

1. Tahan godaan, beli secukupnya saja.

2. Ikuti sistem FIFO (First In, First Out). Ini supaya anda dapat memantau dengan teliti dan makanan tidak terbazir dan menjadi sisa begitu saja.

3. Suntik daya kreatif. Tukar makanan lebihan atau sisa makanan menjadi hidangan lain atau digunakan dalam masakan seterusnya.

Sebagai contoh, jika anda sudah menggunakan jus limau, anda boleh menggunakan kulit limau dalam masakan anda untuk menambahkan rasa atau mengubahnya menjadi bahan manisan.

Daun herba yang sudah kering dan tidak digunakan boleh dikisar menjadi halus untuk menambahkan perisa pada makanan anda.

4. Jika anda mengidam sesuatu makanan namun apa yang anda idamkan hanya dijual dalam bentuk pukal, kongsi lebihan makanan dengan keluarga, rakan atau jiran anda. "Apabila anda berkongsi makanan, anda berkongsi kasih sayang," katanya.

Tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini. Episod seterusnya MasterChef Singapore akan menyaksikan sepuluh peserta terbaik mengambil bahagian dalam cabaran pertama secara berkumpulan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan