Skip to main content

Gaya Hidup

Pesawat AirAsia akan papar nama wartawan, tanda penghargaan kepada media

Anggaran Waktu Membaca:
 Pesawat AirAsia akan papar nama wartawan, tanda penghargaan kepada media

CEO AirAsia Tony Fernandes berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menamakan pesawat syarikat AirAsia dan memilih memulakan inisiatif tersebut pada HAWANA 2025. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Jun 2025 10:16AM Dikemas Kini : 15 Jun 2025 10:17AM
KUALA LUMPUR: AirAsia akan mengadakan perbincangan dengan pemerintah Malaysia untuk memilih seorang wartawan yang namanya bakal dipaparkan pada satu daripada pesawat sebagai penghargaan terhadap sumbangan warga media kepada negara, seperti diumumkan semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Pengasas bersama AirAsia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tony Fernandes berkata nama itu akan dipilih oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

"Ia akan dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 sebaik sahaja nama dipilih," katanya selepas menghadiri sambutan HAWANA 2025 pada Sabtu (14 Jun).

Sebelum ini, Encik Fernandes berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menamakan pesawat syarikat penerbangan itu dan memilih memulakan inisiatif ini di HAWANA 2025.

Selain menamakan pesawat dengan nama wartawan dan paparan "livery" atau imej di badan pesawat, turut ditampilkan maklumat mengenai landskap media tempatan untuk pengetahuan penumpang.
Sumber : Bernama/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita