Pesara berhijrah ke luar negara berisiko tinggi alami kesepian
Ramai penduduk di Eropah atau negara-negara lain mempunyai hasrat untuk bersara luar negara, iaitu di negara yang mempunyai iklim lebih baik dan landskap yang indah.
Kajian mendapati pesara yang berhijrah ke luar negara berasa lebih sunyi dalam persekitaran sosial mereka. (Gambar: Pixabay/IsaMarines
This audio is generated by an AI tool.
Namun satu kajian baharu mendapati impian tersebut sebaliknya boleh menjadi satu mimpi ngeri, dengan kesepian menjadi risiko utama.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Groningen telah menjalankan kajian terhadap golongan pesara yang berhijrah dan sekumpulan pesara yang kekal di Belanda.
Hasil tinjauan mereka mendapati bahawa para pesara yang memilih untuk berhijrah ke luar negara berasa lebih sunyi dalam persekitaran sosial mereka.
Memandangan faktor usia lanjut turut menyumbang kepada risiko berasa sepi dan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, para pesara dalam golongan pendatang mungkin mengalami risiko berganda mengalami kesepian.
Demikian menurut ketua pengarang kajian, Esma Betul Savas yang diterbitkan pada Sabtu (29 Mac) dalam jurnal Psychology and Aging.
Cik Esma turut mencadangkan agar mereka yang merancang untuk berhijrah di waktu persaraan supaya mempertimbangkan bagaimana mereka dapat mengekalkan hubungan sosial mereka di rumah dan meraih pengalaman baharu di luar negara.
Antara negara-negara paling popular dalam kalangan pesara adalah Austria, Switzerland, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.