Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesakit kencing manis Muslim tidak lama lagi boleh elak risiko dihadapi ketika berpuasa

Satu kajian mendapati pesakit kencing manis ada kalanya cuba mengelak memberitahu doktor tentang hasrat untuk menunaikan ibadah puasa kerana takut dinasihati supaya jangan meneruskan niat mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit kencing manis Muslim tidak lama lagi boleh elak risiko dihadapi ketika berpuasa

(Gambar fail: Monica Kotwani)

SINGAPURA: Satu kajian mendapati pesakit kencing manis ada kalanya cuba mengelak memberitahu doktor tentang hasrat untuk menunaikan ibadah puasa kerana takut dinasihati supaya jangan meneruskan niat mereka.

Ada bahayanya, terutama sekali bagi pesakit yang menghidap kencing manis jenis 2.

Jika pesakit makan secara berlebihan makanan-makanan yang mengandungi karbohidrat sewaktu berbuka, mereka berisiko mengalami hyperglycaemia - iaitu kadar gula terlalu tinggi dalam darah.

Keadaan itu boleh menyebabkan kegagalan organ tubuh seperti ginjal, jantung dan mata.

Pesakit diabetes memantau kondisinya dengan 'glucometer'. (Gambar: AFP/Elmer Martinez)

(Gambar: AFP/Elmer Martinez)

Pesakit juga berisiko mengalami hypoglycaemia yang mana kadar gula dalam darah jatuh ke bawah paras normal. Keadaan ini berlaku apabila pesakit berpuasa terlalu lama. Ia juga disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil.

Namun kini ada kaedah untuk membantu para pesakit memantau dan mengawal kadar gula dalam darah mereka. 

APA ITU FAST?

Baru-baru ini, satu kaedah dipanggil FAST atau 'Fasting Algorithm for Singaporeans with Type 2 Diabetes', diuji oleh sekumpulan penyelidik Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kaedah itu terdiri daripada bahan-bahan informatif yang disiapkan khusus bagi para pesakit kencing manis yang berpuasa sempena bulan Ramadan. 

Gambar fail Universiti Nasional Singapura (NUS). (Gambar: Alif Amsyar)

Ia antara lain menyediakan panduan untuk menyesuaikan pemakanan dan gaya hidup ketika berpuasa, serta panduan mengubah suai dos ubat yang boleh dirujuk pesakit mahupun para doktor.

"Pesakit Muslim digalak supaya memantau secara aktif kadar gula dalam darah sebelum, semasa dan sesudah berpuasa supaya dapat membuat penyesuaian yang tepat.

"FAST berupaya memperkasa para pesakit untuk mengubah suai dos ubat-ubatan yang perlu diambil berdasarkan panduan dan nasihat doktor masing-masing," jelas Encik Lum Zheng Kang, salah seorang penyelidik kajian itu.

Tidak lama lagi, FAST akan tersedia dalam bentuk aplikasi mudah alih. Ini bermakna, ia akan menjadi alat teknologi yang akan membantu bukan sahaja pesakit, tetapi juga para penyedia khidmat jagaan kesihatan.

SUDAH DIUJI, DIDAPATI BERKESAN

FAST awalnya dihasilkan pada 2016 oleh pasukan NUS. Namun ia sudahpun dinilai rakan-rakan usaha sama dari sebuah hospital dan institusi kesihatan pesakit luar di Singapura.

Seorang warga emas di Singapura. (Gambar: Francine Lim)

Ujian melibatkan 97 pesakit kencing manis yang berpuasa juga dijalankan. Ia dijalankan pada Ramadan 2017 dan 2018. Para peserta dipisahkan kepada dua kumpulan - 46 daripada mereka menggunakan FAST sementara baki 51 pesakit tidak merujuk kepada bahan itu.

Hasil ujian mendapati, purata kadar gula dalam darah pesakit yang menggunakan FAST sepanjang tiga bulan adalah empat kali lebih baik berbanding pesakit yang tidak merujuk kepada FAST.

Para pesakit juga tidak mengalami sebarang episod kadar gula dalam darah yang terlalu rendah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan