Peruncit China Miniso tinggalkan konsep produk gaya hidup Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Miniso)
BEIJING: Kumpulan syarikat Miniso dari China membuat permohonan maaf kerana memasarkan jenamanya sebagai konsep gaya hidup dari Jepun. Bukan itu sahaja, Miniso juga akan membuat perubahan di semua cawangannya sekali gus menjadi peruncit terbaru yang mengambil tindakan terhadap semangat patriotik dalam kalangan pembeli di China.
Syarikat itu yang mempunyai lebih 5,000 kedai di China dan luar negara,sejak sekian lama menggambarkannya sebagai "peruncit produk gaya hidup diilhamkan dari Jepun", dan dibuat perbandingan dengan rangkaian Muji kendalian Ryohin Keikaku, syarikat yang disenaraikan di bursa Tokyo.
Namun demikian, awal bulan ini, ia menarik kemarahan pengguna sosial media warga China susuli hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram cawangan syarikat tersebut di Sepanyol. Gambar yang dimuat naik memaparkan anak patung, dengan salah satu daripadanya dipanggil "anak patung geisha dari Jepun" meskipun berpakaian qipao, pakaian tradisional China.
Pada Khamis (18 Ogos), Miniso mengeluarkan permohonan maaf panjang lebar sambil menjelaskan, bahawa syarikat tersebut "mengambil jalan yang salah" pada hari-hari permulaannya dari segi kedudukan jenama dan strategi pemasaran, disebabkan ketua desain syarikat tersebut antara 2015 dan 2018 merupakan seorang pereka dari Jepun.
Menurutnya sejak lewat 2019, ia sudah mula mengeluarkan ciri-ciri Jepun dari kedainya dan beg di 3,100 kedai merata China.
Miniso turut berjanji untuk mula menukar papan tanda dan hiasan dalaman di lebih 1,900 kedainya di luar China, yang dijangka selesai menjelang hujung Mac 2023.
Syarikat itu juga menjelaskan akan menghukum eksekutif kanannya yang terlibat dalam strategi sebelum ini dan ibu pejabatnya akan dipertanggungjawabkan atas kesemua akaun sosial media syarikat itu di luar negara pada masa akan datang.
"Kami akan memeriksa dengan teliti kandungan dan melakukan yang terbaik dalam menampilkan budaya dan nilai China," katanya.

Sumber : Agensi berita/SS/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.