Skip to main content

Gaya Hidup

Pertunjukan 'Dinosaur Odyssey' dari Jepun bakal 'hidupkan' dinosaur realistik di SG Disember ini

Para peminat dinosaur berpeluang melihat T-rex dan pelbagai dinosaur lain dari jarak dekat apabila pertunjukan langsung terkenal dari Jepun, 'Dinosaur Odyssey', diadakan di Singapura pada Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertunjukan 'Dinosaur Odyssey' dari Jepun bakal 'hidupkan' dinosaur realistik di SG Disember ini

Seekor dinosaur mendekati penonton semasa pertunjukan Dinosaur Odyssey. (Gambar: Dinosaur Odyssey)

Diterbitkan : 28 Aug 2026 06:34PM
SINGAPURA: Para peminat dinosaur berpeluang melihat T-rex dan pelbagai dinosaur lain dari jarak dekat apabila pertunjukan langsung terkenal dari Jepun, 'Dinosaur Odyssey', diadakan di Singapura pada Disember ini.

Pertunjukan itu akan berlangsung dari 3 hingga 6 Disember di Resorts World Convention Centre (RWCC), Resorts World Sentosa (RWS).

Ia merupakan pementasan berskala besar pertama 'Dinosaur Odyssey' di ruang tertutup di luar Jepun.

15 dinosaur ultra realistik akan ditampilkan, termasuk stegosaurus, brachiosaurus, ankylosaurus, triceratops dan tyrannosaurus.

Setiap pertunjukan berlangsung sekitar 70 minit dan menyaksikan dinosaur-dinosaur tersebut bergerak di sekitar ruang persembahan sehingga berada dekat dengan penonton.

Pertunjukan itu turut menggabungkan muzik, tarian dan kesan teater.

Sekitar 3,000 tempat duduk disediakan bagi setiap pertunjukan.
Related article image
Seekor triceratops dalam pertunjukan Dinosaur Odyssey. (Gambar: Dinosaur Odyssey)
DINOSAUR DIREKA MENYERUPAI PERGERAKAN SEBENAR

Dinosaur dalam pertunjukan tersebut direka untuk meniru ciri fizikal dan pergerakan dinosaur sebenar.

Ia 'dihidupkan' menggunakan sut mekanikal yang mampu menyokong dirinya sendiri.
Related article image
Dinosaur yang ditampilkan dalam pertunjukan Dinosaur Odyssey. (Gambar: Dinosaur Odyssey)
Pengunjung juga boleh membeli pengalaman bergambar bersama T-rex sepanjang 12 meter dengan jurugambar profesional.

Pengalaman tambahan itu berharga S$30 dan terhad kepada 100 orang bagi setiap pertunjukan.

Pemegang tiket yang membeli pengalaman tersebut turut menerima sebuah piring mini bertemakan dinosaur.
Related article image
Pengunjung boleh membeli pengalaman tambahan untuk bergambar bersama T-rex sepanjang 12 meter. (Gambar: Dinosaur Odyssey)
TIKET DARI S$38

Sebuah kedai yang menawarkan lebih 100 jenis barangan bertemakan dinosaur turut akan disediakan, termasuk patung dan replika fosil.

Para pengunjung juga boleh menikmati makanan bertemakan dinosaur di sebuah kafe.

Harga tiket biasa adalah antara S$58 hingga S$128, manakala tempat duduk yang boleh diakses pengguna kerusi roda berharga S$38.

Pakej VIP pula berharga S$168 dan merangkumi satu tempat duduk Kategori 1, patung mainan lembut dan buku foto.

Jualan awal akan berlangsung dari 3 hingga 9 September, dengan potongan harga 10 peratus.

Jualan rasmi pula bermula pada 10 September 2026.

Tiket boleh dibeli menerusi Sistic dan Klook.

Dinosaur Odyssey akan berlangsung dari 3 hingga 6 Disember di Resorts World Convention Centre.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita