Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pertandingan 'King of Culinary' kembali dalam format berbilang bahasa, permohonan sudah dibuka

Berbeza daripada dua musim lalu yang diadakan dalam bahasa Mandarin, musim ketiga kali ini akan dipersembahkan dalam format berbilang bahasa sepanjang dua fasa.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda tidak boleh menjadi seorang MasterChef, anda masih berpeluang untuk menonjolkan kemahiran di dapur.

Pertandingan memasak Mediacorp, King of Culinary, kini kembali!

Berbeza daripada dua musim lalu yang diadakan dalam bahasa Mandarin, musim ketiga kali ini akan dipersembahkan dalam format berbilang bahasa sepanjang dua fasa.

Fasa 1 selama 10 minggu merangkumi tiga pertandingan berasingan - Raja Kaiya Vecha, Raja Kulinari serta King Of Culinary versi Cina, masing-masing diadakan dalam bahasa Tamil, Melayu dan Mandarin.

Para peserta akan berentap dengan tiga cef pembimbing profesional dan anak-anak didik mereka dalam empat pusingan memasak.

Pertama, peserta akan memilih seorang anak didik atau menti untuk mereka berentap. Kemenangan akan membawa peserta ke pusingan kedua, di mana mereka akan beradu kemahiran dengan cef pembimbing pertama.

Sekiranya menang, peserta akan mara ke pusingan seterusnya dan dianugerahi S$2,000 serta pisau cef mentor itu.

Ini akan diulangi sebanyak dua lagi pusingan dan sekiranya menang, peserta akan mendapat tempat di Fasa 2 - iaitu The Battle of the Kings - di mana mereka akan bersaing dengan Raja Kulinari yang lain.

Dalam Fasa 2, tiga Raja akan merebut gelaran "Raja segala Raja' dan membawa pulang hadiah wang tunai sehingga S$16,000 dalam siri cabaran selama empat minggu.

Cef-cef mentor profesional bagi Raja Kulinari ialah Chefs Bob atau nama sebenar, Shahrizal Salleh, Cef Iskander Latiff dan Cef Khaled Shrafodden.

Raja Kulinari Fasa 1 mula bersiaran pada 23 Ogos, jam 8.30 malam, di meWATCH, Suria dan saluran Hiburan Mediacorp di YouTube.

Sementara itu, Fasa 2 pula bersiaran pada 13 November, jam 9.30 malam di meWATCH, Saluran 5 dan saluran Hiburan Mediacorp di YouTube.

Jadi jika anda mahu menonjolkan kehebatan di dapur, permohonan dibuka sehingga 31 Mac.

Pertandingan dibuka kepada mereka yang belum pernah atau buat masa ini bukan bekerja sebagai seorang cef profesional.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan