Perpustakaan sementara bertema Snoopy dibuka di Plaza Singapura
Jika anda peminat Snoopy dan watak-watak Peanuts, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi perpustakaan sementara bertemakan Snoopy yang baharu di Plaza Singapura.
Reruai bertemakan Lucy di perpustakaan sementara Snoopy. (Gambar: Lembaga Perpustakaan dan Arkib Negara)
- NLB has opened a temporary Snoopy-themed library on the third floor of Plaza Singapura. It is open daily from 10am to 10pm until 19 September 2027.
- The library offers about 10,000 physical and digital books for children, including Peanuts titles, as well as interactive spaces such as a Charlie Brown classroom and a Snoopy garden.
- Visitors can get personalised book recommendations at Lucy’s Booth, enter using a card or QR pass, and borrow materials through the NLB Mobile app.
- NLB chief executive Melissa Tam said the initiative aims to bring the joy of Peanuts closer to people of all ages, encourage reading habits and support the five-year ReadSG movement.
- NLB melancarkan perpustakaan sementara bertemakan Snoopy di tingkat tiga Plaza Singapura, yang dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 19 September 2027.
- Perpustakaan itu menyediakan kira-kira 10,000 buku fizikal dan digital untuk kanak-kanak, termasuk judul Peanuts, serta ruang interaktif seperti bilik darjah Charlie Brown dan taman Snoopy.
- Pengunjung boleh mendapatkan cadangan buku tersuai di Lucy’s Booth, masuk menggunakan kad atau pas QR, dan meminjam bahan melalui aplikasi NLB Mobile.
- Ketua Pegawai Eksekutif NLB Melissa Tam berkata inisiatif ini bertujuan membawa keceriaan Peanuts lebih dekat kepada semua peringkat umur, menggalakkan tabiat membaca dan menyokong gerakan ReadSG selama lima tahun.
Terletak di tingkat tiga pusat beli-belah tersebut, perpustakaan itu menawarkan kira-kira 10,000 buku fizikal dan digital untuk kanak-kanak, termasuk koleksi judul popular Peanuts, serta ruang dan reruai interaktif bertemakan Peanuts.
Perpustakaan tersebut akan dibuka sehingga 19 September 2027, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Para pengunjung juga boleh mengunjungi 'Lucy's Booth' untuk menjawab beberapa soalan menarik dan menerima saranan buku yang disesuaikan mengikut minat masing-masing dalam bentuk penanda buku bercetak.
Perpustakaan tersebut memerlukan para pengunjung melayan diri secara sepenuhnya. Untuk masuk, pengunjung perlu mengimbas kad pengenalan yang diterima oleh sistem perpustakaan, eCard NLB atau mendapatkan pas harian berkod QR menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar di Singapura atau emel menerusi pautan yang disediakan.
Para pengunjung kemudian boleh meminjam bahan daripada koleksi perpustakaan menerusi aplikasi NLB Mobile.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Melissa Tam, berkata: "Pengembaraan Snoopy, Charlie Brown dan rakan-rakan mereka telah memikat hati jutaan orang daripada pelbagai generasi. Teras kisah-kisah ini ialah usaha meraikan budaya membaca.
"Menerusi Perpustakaan Sementara Snoopy ini, kami berharap dapat membawa keceriaan dan keajaiban yang sama lebih dekat kepada masyarakat, sekali gus memudahkan orang ramai daripada semua peringkat usia untuk menemui semula keseronokan membaca buku dalam kehidupan seharian.
"Kami berbesar hati kerana watak-watak Peanuts yang begitu disayangi dapat menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan kami terhadap ReadSG, gerakan nasional selama lima tahun untuk membina masyarakat yang gemar membaca."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.