Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Permintaan bagi emas meningkat di S'pura di tengah pandemik

Di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas lazimnya dianggap sebagai aset yang selamat. Sebagai bentuk mata wang terawal digunakan di dunia, ia dianggap sebagai pelaburan yang boleh dipercayai.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan bagi emas meningkat di S'pura di tengah pandemik

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 29 Jul 2021 10:53PM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 11:01PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas lazimnya dianggap sebagai aset yang selamat. Sebagai bentuk mata wang terawal digunakan di dunia, ia dianggap sebagai pelaburan yang boleh dipercayai.

Di tengah-tengah pandemik ini, permintaan bagi emas di Singapura meningkat, menurut laporan baru oleh Majlis Emas Sedunia yang dikeluarkan pada 29 Julai. Permintaan emas dalam kalangan pengguna di Singapura adalah 2.7 tan pada suku kedua 2021, naik 124 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Secara keseluruhan, permintaan itu dipacu oleh beberapa faktor termasuk berat barang kemas yang dibeli oleh pengguna di Singapura, iaitu 1.7 tan, naik 118 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jongkong dan syiling emas - sebuah kategori produk emas yang sebahagian besar dibeli oleh pelabur runcit - adalah 1 tan, iaitu naik 132 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Menurut CEO rantau Asia Pasifik (kecuali China) di Majlis Emas Sedunia Andrew Naylor, permintaan bagi emas dalam kalangan pengguna di seluruh ASEAN mula meningkat sedang ekonomi semakin pulih.

"Emas lazimnya dilihat sebagai pelindung kekayaan dan aset yang selamat. COVID-19 mempunyai kesan ketara terhadap keyakinan pengguna. Permintaan lebih tinggi bagi emas dicatatkan dalam pasaran-pasaran yang menangani COVID-19 dengan lebih berkesan. ASEAN merupakan pasaran penting bagi emas - Vietnam, Thailand dan Indonesia menduduki 10 tangga teratas dari segi pasaran pengguna bagi emas di seluruh dunia manakala perbelanjaan per kapita bagi emas di Singapura adalah salah satu yang tertinggi di dunia," kata Encik Naylor.

Sumber : Today/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa