Permainan karom dari 'zaman kampung' kini pikat golongan muda
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beliau diperkenalkan kepada permainan karom ketika berusia enam tahun.
“Ayah saya sering bermain karom semasa dia muda. Dia memutuskan untuk bermain dengan kami dan dari situlah saya mula belajar,” cerita Syed Muhammad Ammar, 23 tahun.
“Saya sering bermain karom hampir setiap masa semasa kecil, tetapi apabila usia meningkat... ia menjadi perkara yang sekejap ada, sekejap tiada.”
Minatnya hidup semula semasa malam suai kenal asrama di universiti.
“Saya sangat teruja apabila melihat karom di universiti. Kemudian, saya mendapati asrama-asrama bertanding sesama sendiri dalam permainan rekreasi antara asrama,” kata mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu.

Setahun kemudian, Syed menjadi kapten pasukannya. Beliau mengendalikan sesi latihan mingguan dan menganjurkan perlawanan persahabatan dengan para pemain dari asrama NTU yang lain.
“Saya sangat aktif dalam karom, mengajar pemain asrama baharu cara bermain dan cara menyusun strategi dalam permainan tersebut,” katanya.
Karom adalah permainan di mana pemain menggunakan sejenis cakera untuk memasukkan buah karom berwarna yang lebih kecil ke dalam lubang papan karom. Untuk menang, mereka perlu memasukkan semua buah warna pilihan mereka - sama ada hitam atau putih - dan buah karom yang berwarna merah sebelum pihak lawan.
“Apa yang menarik, karom adalah permainan rekreasi yang sangat popular di universiti. Saya rasa ini kerana ia permainan yang sangat mudah untuk dipelajari,” kata Syed.

"BENAR-BENAR TERTARIK"
Pada satu petang Sabtu di ibu pejabat Persatuan Karom Singapura di Marymount, bunyi ketukan buah karom memecah kesunyian.
Trofi yang berkilauan menantikan pemenang, tetapi para pemain tidak mempedulikan hadiah tersebut. Dengan jari-jemari mereka yang dilitupi serbuk kapur, sepenuh tumpuan diberikan kepada papan karom di hadapan mereka.
Ditubuhkan pada 2020, salah satu matlamat persatuan tersebut adalah untuk memperluaskan permainan ini di Singapura. Presidennya, Vijay Anand, berkata karom menjadi lebih popular sejak kebelakangan ini.
“Zaman kampung dahulu, ramai orang bermain karom. Ramai juga yang mempunyai kenangan masa kecil bermain karom dan mempunyai papan karom di rumah mereka,” katanya.
“Ia mula meningkat semula, dan ramai orang berminat untuk kembali ke papan karom.”
Keahlian persatuan itu meningkat dengan ketara daripada 40 orang pada 2022 kepada kira-kira 200 orang hari ini.

Untuk terus memupuk minat ini, persatuan tersebut bekerjasama dengan pelbagai Rangkaian Penduduk (RN) untuk menubuhkan kumpulan serata Singapura seperti di Bedok, Yishun, Punggol dan Bukit Batok. Ia juga sedang berbincang dengan balai rakyat lain untuk menubuhkan lebih banyak kumpulan.
“Diharapkan dalam masa beberapa bulan akan datang, kita akan mempunyai tujuh atau lapan kumpulan yang tersebar serata negara,” kata Encik Anand.
Daya tarikan karom melangkaui generasi, tambah Encik Anand.
“Ya, (golongan warga emas) sangat menikmatinya kerana mereka mempunyai kenangan nostalgia dari zaman kampung, dan mereka mahu mengimbau kembali saat-saat indah semasa kecil,” katanya.
“Tetapi bagi golongan muda juga, ini adalah sesuatu yang sebaik sahaja mereka mula datang dan bermain, mereka terus terpikat.”

Satu lagi matlamat persatuan itu adalah untuk mempamerkan bakat Singapura di peringkat antarabangsa.
Semasa Piala Dunia Karom ke-7 di Maldives yang berakhir bulan lalu, Singapura menghantar pasukan seramai 17 pemain. Lenus Paul dan Ramanpreet Singh Pahwa merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki, yang merupakan pingat pertama Singapura dalam kejohanan tersebut.
"PENGHAPUS TEKANAN"
Bagi Akella Rama Santosh Srikar yang berusia 19 tahun, karom memberikannya wadah untuk melepaskan tekanan daripada beban akademik.
“Karom adalah salah satu hobi 'penghapus tekanan' saya,” katanya. “Karom tidak mencabar saya secara fizikal, saya boleh bermain di rumah sahaja... ia sangat mudah diakses.”
Berbanding permainan meja lain seperti catur, ia kurang “memenatkan mental,” tambahnya. “Karom lebih santai. Sifat itulah yang membuatkan saya meminati karom."
“Anda boleh leka dengan masa semasa bermain karom. Kadang-kadang apabila saya tertekan dengan pelajaran, saya akan pergi ke bilik rekreasi (di asrama) dan bermain karom selama tiga, empat jam,” tambah Encik Syed.
Bagi anak muda yang baru mengenali karom, terdapat juga faktor keunikan. Video suntingan aksi lincah (trick shots) di TikTok sering mendapat ribuan tontonan.
“Ramai yang belum pernah mendengarnya dan mereka berasa tertarik,” kata Sruthika Joseph, 21 tahun. “(Di acara-acara) dahulu warga emas yang menyertainya, kemudian belia dan sekarang orang ramai mahu anak-anak mereka menyertainya.”
Cik Sruthika diperkenalkan kepada permainan itu oleh bapanya, Joseph Jiffy, yang merupakan setiausaha agung persatuan tersebut.
“Dahulu saya aktif bersukan dan tidak begitu meminati (permainan seperti ini). Ayah saya berkata: ‘Cubalah, ia seperti bermain snuker tetapi menggunakan jari’,” kenangnya.
Mereka yang bermain karom berkata masih terdapat beberapa tanggapan salah tentang permainan ini.
“(Orang) berkata tiada strategi dalam permainan ini, tetapi saya sama sekali tidak bersetuju,” kata Encik Srikar. “Jika anda melihat pemain karom profesional, terdapat banyak strategi yang terlibat dan banyak kreativiti."
“Saya sangat suka teka-teki. Hakikatnya, karom adalah permainan strategi, menjadikannya jauh lebih menarik,” tambah Cik Sruthika.
Apa yang membezakan karom daripada permainan meja yang lain adalah ia memerlukan kerjasama tangan-mata yang baik di samping elemen strategi dan mental, kata Encik Anand.
“Kanak-kanak terpikat dengannya kerana mereka mendapatinya mencabar. Mereka mahu menjadi hebat... (dan itu) sebenarnya memberi motivasi kepada mereka dan mereka terus tertarik untuk mempelajari permainannya,” tambahnya.
Apa yang dipelajari oleh Encik Srikar selama bertahun-tahun adalah pentingnya kesabaran. “Jika anda terburu-buru melakukan pukulan, anda tidak akan dapat memasukkannya (buah karom),” katanya. “Anda mesti tenang.”
Jika dahulu beliau sering dikalahkan dengan mudah oleh ibunya di meja karom, keadaan kini telah berubah.
“(Sekarang) saya memberi cabaran yang lebih besar kepadanya. Dia tidak lagi menang mudah terhadap saya,” kata Encik Srikar. “Malah saya pernah memenangi beberapa perlawanan menentangnya.”

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.