Skip to main content

Gaya Hidup

Permainan 'Hunt The Mouse' kembali diadakan; hadiah wang tunai S$1j

Permainan mencari harta karun popular 'Hunt The Mouse' kembali diadakan untuk edisi kelima.

Anggaran Waktu Membaca:
Permainan 'Hunt The Mouse' kembali diadakan; hadiah wang tunai S$1j

(Gambar: Instagram/sqkiimouse)

SINGAPURA: Permainan mencari harta karun popular 'Hunt The Mouse' kembali diadakan untuk edisi kelima.

Bahkan, kali ini lebih ramai orang berpeluang memenangi wang tunai.

Wang tunai sebanyak S$1 juta ditawarkan dalam edisi permainan kali ini - yang dibahagikan antara sekeping syiling emas bernilai S$500,000 dan 300 syiling perak yang bernilai antara S$500 atau S$2,500 setiap satu.

Beberapa keping syiling perak itu sudah pun disembunyikan di merata Singapura, manakala syiling emas itu akan disembunyikan antara 28 Oktober dengan 3 November.

Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dalam permainan 'Hunt The Mouse' - kecuali kakitangan dan bekas kakitangan syarikat penganjur Sqkii, iaitu sebuah syarikat pemasaran gamifikasi, serta anggota keluarga terdekat mereka.

Untuk tahu lokasi duit syiling tersebut, peserta boleh melungsuri akaun Instagram, Facebook dan Telegram Sqkii serta peta sebenar permainan itu untuk mendapatkan petunjuk yang diberikan setiap hari.

Beberapa lokasi akan dipadamkan daripada peta itu pada setiap pukul 10.00 pagi, 2.00 petang dan 6.00 petang setiap hari.

Menurut Sqkii, permainan itu akan berakhir sama ada selepas kesemua syiling berjaya ditemui atau pada pukul 11.59 malam pada 12 November.

Sqkii memberi amaran kepada peserta supaya berhati-hati.

Ia menarik perhatian bahawa syiling-syiling itu tidak akan disembunyikan di kawasan terlarang, bawah tanah, dalam air atau di tempat-tempat beribadat.

Permainan "Hunt The Mouse" pertama kali diadakan pada 2017.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita