Skip to main content

Gaya Hidup

Perlukah suami raih gaji lebih tinggi daripada isteri?

Ternyata, kaum Adam tidak selesa mendedahkan jumlah gaji yang dibawa pulang dan sering mengaku pendapatan masing-masing lebih tinggi daripada gaji sebenar. Lebih menarik lagi, golongan isteri juga mengaku sedemikian ketika ditanya tentang gaji suami mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlukah suami raih gaji lebih tinggi daripada isteri?

(Gambar hiasan: AFP / MANAN VATSYAYANA)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 07:23PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 07:30PM

LONDON: Ternyata, kaum Adam tidak selesa mendedahkan jumlah gaji yang dibawa pulang dan sering mengaku pendapatan masing-masing lebih tinggi daripada gaji sebenar. Lebih menarik lagi, golongan isteri juga mengaku sedemikian ketika ditanya tentang gaji suami mereka.

Itulah hasil satu kajian di Amerika Syarikat yang meneliti jika ada perbezaan antara jumlah gaji pasangan suami-isteri yang diakui berbanding gaji sebenar, lapor Financial Times.

Kajian itu mengkaji golongan pasangan yang disifatkan "bukan tradisional" - di mana 22.9 peratus isteri meraih pendapatan lebih tinggi daripada pasangan mereka, menurut data Jabatan Hasil Mahsul Amerika.

Ia juga mendapati bahawa kedua-dua suami dan isteri dalam sesebuah rumahtangga akan sengaja 'membesar-besarkan' gaji suami dan menyatakan bahawa gaji si isteri lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Malah, menurut Financial Times, golongan isteri yang bergaji besar sering 'membesar-besarkan' gaji suami mereka secara berlebih-lebihan berbanding kaum Adam.

Laporan itu menjangkakan bahawa pasangan di mana wanita meraih gaji lebih tinggi, berasa "tidak selesa" dan "berlainan dengan pasangan lain yang lazimnya suami menjadi pencari nafkah utama keluarga".

Dapatan itu serupa dengan satu hasil kajian yang dijalankan pada 2015 yang mendapati pasangan bekerja "lebih memilih si suami meraih gaji lebih tinggi daripada isteri".

Menurut penulis dan ahli antropologi Wednesday Martin, kajian seumpama itu membuktikan bahawa kedua-dua suami dan isteri mempunyai pendirian bahawa "seorang lelaki seharusnya membawa pulang gaji lebih tinggi daripada isterinya". Pendirian ini, kata Cik Martin, membuat mereka berasa seperti melanggar norma sosial.

KETIDAKSEIMBANGAN

Ketidakseimbangan itu juga jelas dalam aspek lain dalam sebuah rumahtangga pasangan bekerja. Misalnya, kaum Hawa masih melakukan sebahagian besar kerja rumah dan menjaga anak, sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.

Related article image
Gambar fail. 

Gambar fail. 

Dalam satu rencana yang diterbitkan pada 2017 bertajuk Women aren't nags - we're just fed up (Wanita bukan sekadar berleter - kami marah), penulis menerangkan mengapa beliau berasa marah dengan suaminya yang mendakwa bahawa isteri hanya perlu meminta kepada suami jika mereka inginkan sebarang bantuan.

"Masalahnya terletak di situ," tulis beliau lalu selanjutnya menyatakan bahawa beliau inginkan seorang pasangan yang sama-sama proaktif dalam urusan rumahtangga.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti yang disarankan peguam penulis itu, iaitu memperuntukkan wang bagi kerja-kerja rumahtangga dan tidak menetapkan jangkaan terlalu tinggi bagi urusan dalam rumah. Wanita mahupun suami perlu bertegas bahawa urusan anak bukanlah tugas salah satu pihak dan perlu dilakukan secara bersama, lapor Financial Times.

PERLUKAH BERBOHONG?

Adakah ia memudaratkan bagi para pasangan untuk membesar-besarkan gaji suami, atau mengakui gaji si isteri lebih rendah? Kita semua sering membuat pasangan masing-masing tampil lebih menyerlah - mungkin supaya mereka kedengaran lebih suka bercanda, lebih bijak dan lebih kacak. Anda lakukan ini semua bukan kerana ingin menipu; ia berlaku secara semula jadi.

Mungkin, masih ada lagi stigma-stigma dalam masyarakat yang membuat wanita berasa perlu untuk menyembunyikan segala pencapaiannya dan lelaki berasa tertekan untuk mencari nafkhah bagi keluarga. Ia akan mengambil masa sebelum masyarakat dapat menerima perkara ini dan tidak membahagikan segala-galanya kepada seorang isteri mahupun suami.  

Sumber : Financial Times/CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita