Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Perkataan ‘Terror’, ‘Alamak’ masuk Kamus Oxford

Kamus Inggeris Oxford (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura dengan kemasukan beberapa perkataan baharu dalam kemas kini terbaharunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkataan ‘Terror’, ‘Alamak’ masuk Kamus Oxford

Kamus Inggeris Oxford (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura. (Gambar: Wikipedia)

Diterbitkan : 27 Mar 2025 09:49AM Dikemas Kini : 27 Mar 2025 09:57AM
KUALA LUMPUR: Kamus Inggeris Oxford (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura dengan kemasukan beberapa perkataan baharu dalam kemas kini terbaharunya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Oxford University Press, salah satu penambahan menarik ialah 'alamak', interjeksi (kata seru) popular yang digunakan untuk menyatakan kejutan, kekecewaan atau rasa terkejut.

Perkataan ini berasal daripada Bahasa Melayu dan dipercayai ada kaitan dengan istilah Arab seperti ‘ala’ (bermaksud ‘tertinggi’) atau Allah, serta mungkin dipengaruhi oleh frasa Portugis seperti Mãe de Deus (‘Mother of God’).

Selain itu, beberapa istilah makanan tempatan turut mendapat tempat dalam OED.

Antaranya ketupat (1886), otak-otak (1929), nasi lemak (1935), dan kaya toast (1989).

Semua hidangan ini terkenal di Malaysia, Singapura dan rantau Asia Tenggara.

Uniknya, ada juga nama makanan yang telah diInggeriskan seperti 'fish head curry' (1972) dan 'steamboat' (1960).

Budaya Malaysia turut diwakili oleh istilah seperti mat rempit (2004), merujuk kepada pelumba motosikal haram yang sering melakukan aksi berbahaya.

Sementara itu, perkataan tapau (1997) yang bermaksud ‘bungkus makanan untuk dibawa pulang’ juga kini diiktiraf secara rasmi dalam Bahasa Inggeris.

Satu lagi perkataan menarik ialah ‘terror’, di mana dalam konteks Bahasa Inggeris Malaysia dan Singapura boleh bermaksud ‘hebat’ atau ‘cemerlang.’

Dengan penambahan ini, semakin jelas bagaimana bahasa tempatan kita terus memberi impak global.

Wah, so ‘terror’ lah!
Sumber : Agensi berita/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan