Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Perkara yang wajar anda tahu sebelum menikmati buah durian musim ini

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Musim durian datang lagi. Dalam keghairahan kita menikmati buah yang sangat sedap dan digemari ramai ini, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu. Ini kerana andai tersilap langkah, ia akan memudaratkan kesihatan kita. 

Melalui perkongisan Dr Suri Roowi di Facebooknya yang dipetik rencana portal Keluarga, berikut adalah maklumat penting mengenai buah durian yang perlu anda mengambil tahu. 

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN?

1. Durian kaya bahan asid amino triptofan. Bahan ini boleh menenangkan fikiran anda dan sesuai bagi mereka yang sukar untuk tidur. 

2. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang mengandungi sebatian organosulfur yang tinggi. Bahan bau ini bersifat anti-barah, anti-oksidan, anti-kuman dan melindungi jantung anda. 

3. Jika anda makan 100 gram durian, kandungan kalorinya adalah 147kcal, lebih rendah berbanding nasi, iaitu 151kcal. 

4. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. 

5. Durian kaya kalium (potassium). Kandungan kalium dalam isi durian adalah 426 miligram dalam setiap 100 gram isi durian. 

Justeru, sesiapa yang mengalami masalah buah pinggang dinasihatkan untuk jangan makan berlebihan. 

6. Elak makan durian bersama ubat Paracetamol.

Ujian ke atas tikus mendapati gabungan durian dan Paracetamol boleh menyebabkan suhu badan anda turun mendadak dan mungkin mendatangkan kesan toksik. 

Justeru, makanlah durian ikut kadarnya dan bukan sehingga anda jatuh sakit... 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan