Perhatian kepada kaum Adam! Berikut ini cara anda boleh bantu pasangan anda yang didiagnos hidap barah payudara
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock/FatCamera)
SINGAPURA: Barah payudara adalah jenis barah yang paling menjejas wanita di Singapura dengan satu daripada setiap 13 wanita didiagnos menghidapnya sekali dalam hidup mereka. Setiap tahun, 400 wanita Singapura meninggal dunia akibat barah tersebut. Ini bermakna begitu ramai wanita yang terjejas, dan mungkin juga jumlah sama pasangan mereka yang terkesan.
Ketika bekas pelakon dan deejay radio Jamie Yeo, 46 tahun, disahkan menghidap barah payudara dua tahun lalu, apa yang memberinya kekuatan dan semangat untuk melawan penyakit itu ialah sokongan padu daripada suaminya.
“Apabila kami mendapat tahu tentang barah payudara, dia menyokong saya dengan memasak makanan berkhasiat menggunakan bahan-bahan yang kami selidiki, termasuk garam Himalaya, brokoli dan sebagainya,” kata Yeo dalam satu catatan di Instagram pada 1 Okt sempena menyokong bulan kesedaran barah payudara.
Bagi Yeo, yang mengesan barah itu ketika masih di peringkat awal, beliau berjaya merawatnya menggunakan terapi radiasi selepas pembedahan membuang tisu barah.
MEMPERKASA LELAKI UNTUK SOKONG WANITA DENGAN LEBIH BAIK
"Sejak sekian lama, barah payudara dianggap sebagai isu utama yang hanya menjejas wanita dan tiada kaitan dengan lelaki," kata Natalie Lau, Ketua Advokasi dan Perhubungan di Yayasan Barah Payudara (BCF).
Untuk membantu kaum lelaki menyokong pasangan mereka dengan lebih baik, BCF melancarkan kempen Dear Men.
"Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan golongan lelaki bercakap tentang kesihatan payudara dan mengingatkan wanita yang mereka sayangi - ibu, kakak, anak perempuan dan orang tersayang lain - untuk mengutamakan pemeriksaan barah payudara," kata Cik Lau.
Berikut ini 9 cara bagaimana kaum Adam boleh membantu orang tersayang mereka mengharungi barah payudara.
1. UTAMAKAN KOMUNIKASI TERBUKA DAN SALING MENGHORMATI
Bercakap secara terbuka tentang barah payudara mungkin sukar pada mulanya. Apa yang penting ialah mengakui perasaan dan kebimbangan mereka.
Elak daripada terus masuk 'mod' untuk menyelesaikan masalah, di mana lelaki biasanya menumpukan pada logik, fakta atau penyelesaian segera, kata Pengurus Pemasaran di BCF, Nicholas Ng.
2. DAPATKAN INFORMASI, TEMANI MEREKA UNTUK JANJI TEMU PERUBATAN
Belajar sebanyak mungkin tentang barah payudara, seperti pilihan rawatan dan kemungkinan kesan sampingan.
Luangkan masa untuk menemaninya ke janji temu perubatan. Terdapat pelbagai biopsi, ujian diagnostik dan pilihan rawatan untuk dipertimbangkan serta interaksi dengan pelbagai profesional penjagaan kesihatan.
3. BANTU URUSAN HARIAN
Ini termasuk tugas harian seperti menguruskan rumah, belanja bagi keperluan dapur dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. "Ini akan membolehkan mereka memberi tumpuan penuh kepada rawatan dan pemulihan," kata Encik Ng.
4. BELAJAR TENTANG PEMAKANAN
Seperti suami Yeo, Rupert, yang belajar memasak atau membeli makanan berkhasiat untuknya. Pakar diet kanan di Hospital Mount Alvernia, Tan Shiling, berkata sesetengah pesakit mungkin mengalami komplikasi berkaitan pemakanan akibat daripada kemoterapi, seperti rasa loya, muntah, mucositis (luka dalam mulut), mulut kering, cirit-birit, sembelit dan kembung perut semasa rawatan.
"Anda mungkin ingin berunding dengan pakar diet untuk sajian makanan yang khusus supaya kedua-dua pesakit dan penjaga dapat sama-sama menguruskan keperluan pemakanan pesakit," nasihat beliau.
Garis panduan yang disediakan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di My Healthy Plate kekal sebagai rujukan utama untuk pemakanan dengan baik, juga buat pesakit barah. Ia menggariskan kumpulan makanan yang berbeza dan saiz hidangan untuk dimakan setiap hari, bagi diet seimbang yang sihat.
5. JADILAH SUMBER SOKONGAN EMOSI; JANGAN REMEHKAN PERASAAN
Elakkan meremehkan atau menolak perasaan dan kebimbangan pasangan anda.
“Jangan membuatnya berasa kecil hati. Tunjukkan kepadanya bahawa perasaan mereka penting,” kata Encik Ng.
Pesakit barah payudara yang sudah sembuh Nurhana Abdul Ghani, 39 tahun, memuji “teman sejatinya” Muhamad Raffy Rajis, 39 tahun, atas sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi. "Dia berada di sisi saya ketika keadaan saya di peringkat paling teruk, dan memilih untuk mengharunginya bersama saya setiap langkah."
6. HORMAT SEMANGATNYA UNTUK BERDIKARI
Elak daripada membuat andaian, memberi nasihat perubatan yang tidak diminta atau mencadangkan rawatan alternatif.
Sebaiknya tanya dengan cara baik bagaimana untuk menyokongnya. “Jangan guna pendekatan seakan untuk ‘menyelamatkan’ tetapi sebaliknya, hormati pilihannya,” kata Encik Ng.
7. DAPATKAN PENJAGAAN PASTORAL JIKA PERLU
Hospital Mount Alvernia, contohnya, mempunyai pasukan Penjagaan Pastoral Klinikal yang memberikan sokongan emosi, rohani, sosial, atau agama kepada pesakit dan penjaga mereka.
8. GALAK PENJAGAAN DIRI, HIDUP SEPERTI BIASA DAN RAIKAN PENCAPAIAN
Kesejahteraan holistik melibatkan aspek mental, emosi dan fizikal. "Ingatkannya untuk berehat, makan dengan baik dan libatkan diri dalam aktiviti yang membawa kegembiraan dan ketenangan jiwa ," kata Encik Ng.
Cuba kekalkan kehidupan normal seperti terus meluangkan masa bersama-sama dan melibatkan diri dalam aktiviti yang anda berdua sukai.
Raikan pencapaian dan kemenangan mengatasi barah. Ini memberikan semangat positif, harapan dan motivasi.
9. RANCANG UNTUK JANGKA PANJANG
Akhir sekali, jangan memandang rendah nilai sumbangan anda. Ketahui bahawa sokongan anda membuat perbezaan yang mendalam dalam mempengaruhi hasil rawatan pesakit.
"Kajian menyokong pandangan bahawa pengalaman mengharungi barah payudara mesti dianggap sebagai perjalanan yang 'dikongsi bersama'," kata Encik Ng. Sejauh mana penderitaan psikologi yang dialami pesakit dan pasangan mereka, bergantung kepada sama ada mereka mengiktirafnya sebagai penyakit 'keluarga', untuk diatasi bersama.

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.