Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pereka fesyen M'sia ubah suai rekaan, perniagaan ikut cita rasa waktu pandemik

Tahun ini amat mencabar bagi para pemain industri fesyen.

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka fesyen M'sia ubah suai rekaan, perniagaan ikut cita rasa waktu pandemik

Alia Bastamam terkenal dengan rekaan gaun beliau. (Gambar: Alia Bastamam)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 09:17PM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 09:22PM

KUALA LUMPUR: Tahun ini amat mencabar bagi para pemain industri fesyen.

Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengubah cara para pelanggan membeli-belah tetapi ia juga menjejas cita rasa mereka.

Dengan permintaan bagi pakaian santai mencecah paras kemuncaknya, Mediacorp menyelongkar bagaimana pereka fesyen yang biasanya terkenal dengan rekaan bagi acara-acara formal menyesuaikan desain mereka.

Antaranya, Alia Bastamam yang terkenal dalam kalangan selebriti melalui gaun-gaun beliau. Misalnya, tahun ini, selebriti Malaysia, Neelofa dan peragawati popular, Alicia Amin mengenakan gaun rekaan Alia di majlis persandingan mereka.

Sejak menukar kerjaya dari arkitek kepada seorang pereka fesyen, Alia menubuhkan Alia B iaitu label fesyen beliau sendiri yang dilancarkan dua minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tahun lalu.

Malangnya, pandemik COVID-19 menjejas perniagaannya bukan sahaja sekali tetapi sepanjang dua musim Hari Raya berturut-turut. Sungguhpun demikian, Alia tetap optimis.

"Walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran dan sekatan-sekatan sewaktu pandemik ini, kami mengekalkan perniagaan kami dengan mengeluarkan koleksi-koleksi utama untuk kedua-dua jenama kami dengan menumpukan usaha kepada usaha untuk mengembangkan pelanggan di wadah digital.

"Penjualan naik 30 peratus pada 2021 dengan koleksi Eid kedua-dua jenama kami menjangkaui jangkaan kami," kongsi beliau.

Dalam pada itu, Alia turut mendedahkan bahawa pendekatan desainnya diubah mengikut penyesuaian kepada norma-norma baru.

"Berbanding rekaan fesyen 'runway', saya menghasilkan pakaian serba boleh yang lebih selesa untuk dipakai mengikut gaya hidup seharian, sambil tetap berpegang teguh kepada desain ala tempat peranginan yang sememangnya sesuai dengan keadaan sekarang ini."

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan