Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Perayaan Kuih Bulan, sejarah sambutannya

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Jika anda lalu di pusat beli-belah sekarang ini, anda pasti dapat melihat pelbagai sajian kuih bulan dengan bungkusan yang menarik untuk dijual.

Yang jelas, Mid-Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan yang disambut masyarakat Cina kian menjelang, kurang sebulan lagi - lebih tepat lagi pada 10 September iaitu hari ke-15 bulan kelapan mengikut kalendar Cina.

Dalam bahasa Mandarin,中 秋 节 (zhōngqiūjié) bermaksud “Perayaan Pertengahan Musim Luruh”, dan disambut serentak dengan pesta Tanglung.

Perayaan itu merupakan salah satu perayaan terpenting bagi masyarakat Cina selain Tahun Baru Cina kerana kedua-duanya membawa makna “perjumpaan semula” atau “reunion” kepada masyarakat Cina.

MENGAPA PERAYAAN KUIH BULAN DISAMBUT?

Hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, bulan penuh akan muncul di langit, melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu.

Dengan bentuk ibarat bulan mengambang, kuih bulan juga dikatakan melambangkan penyatuan semula.

Lantaran itu, Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini dikaitkan dengan pesta "penghargaan bulan", terutama sekali kerana bulan menyinarkan cahaya paling terang ketika ini.

Ahli-ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama di bawah bulan mengambang, sambil menikmati kuih bulan dengan diterangi tanglung-tanglung dan lilin-lilin.

Secara tradisi juga musim itu dianggap sebagai hari bertuah untuk mengadakan majlis perkahwinan.

LEGENDA PERAYAAN KUIH BULAN

Perayaan Kuih Bulan mempunyai pelbagai legenda dan cerita, paling terkenal bermula lebih 2,000 tahun lalu bagi menyambut tuaian selepas musim luruh.

Kebanyakan cendekiawan percaya bahawa perayaan itu pertama kali muncul semasa dinasti Song, berdasarkan tradisi menyembah bulan.

Semasa pemerintahan Maharaja Tai pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar Cina, barulah Hari Pertengahan Musim Luruh ditetapkan.

BAGAIMANA TRADISI KUIH BULAN BERMULA?

Menurut masyarakat Cina, kisah yang paling popular berkaitan Perayaan Kuih Bulan melibatkan Chang-E atau lebih dikenali sebagai Wanita Bulan, dan suaminya Hou Yi.

Dikatakan bermula pada Dinasti Tan, Hou Yi and Chang-E adalah anggota Pengawal Maharaja dan menyelamatkan bumi daripada mengalami kepanasan teruk dengan memanah sembilan daripada 10 matahari yang mengelilingi bumi.

Sebagai ganjaran, beliau dipilih untuk menjadi raja, namun kemudian menjadi seorang yang zalim.

Beliau memiliki penawar kehidupan, tetapi Chang E mencuri dan minum penawar tersebut.

Chang E kemudian diangkat ke bulan dan menjadi Dewi Bulan.
(Gambar: Visit Singapore/Facebook)
Ada yang menceritakan bahawa selepas mengetahui apa yang berlaku kepada Chang-E, Hou Yi akan menyiapkan hidangan besar pada hari itu setiap tahun di mana bulan mengambang, dengan harapan dalam melihat Chang E, menurut Timeout.

Namun ada pula yang mengatakan Hou Yi diberikan kuih oleh Ratu Xi Wang Mu. Sebaik sahaja beliau makan kuih itu, Hou Yi dapat menahan panas dan dihantar ke matahari.

Dengan tangkal khas, beliau dapat melawat Chang E pada hari ke-15 setiap bulan, semasa bulan mengambang, menurut Singapore Infopedia.

BAGAIMANA PERAYAAN KUIH BULAN DISAMBUT?

Pada malam Perayaan Kuih Bulan, kebanyakan rumah akan dihiasi dengan tanglung, mengadakan makan besar dan pesta tarian.

Menurut Singapore Infopedia, tradisi Cina percaya bahawa bulan mengambang melambangkan sesuatu yang lengkap dan dikaitkan dengan penyatuan semula keluarga.

Maka itu, perayaan ini juga masa popular bagi keluarga berkumpul dengan kegiatan tradisional seperti melihat bulan dan membawa tanglung.

Menurut Timeout, masyarakat akan berkumpul dan menulis harapan mereka pada tanglung yang boleh terbang ke udara dan menyalakannya sebagai penghormatan kepada Dewi Bulan Chang-E, dengan harapan beliau akan memberi mereka tuah.

Kuih bulan dan limau bali juga dihidangkan kepada bulan, berdasarkan maklumat Singapore Infopedia.

Namun sekarang ini, kuih bulan dihidangkan sebagai lambang kebersamaan dan harmoni, menurut Timeout.

Malah setiap tahun kita melihat kedai-kedai dan restoran menjual pelbagai jenis kuih bulan, dengan warna dan perisa menarik.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan